Seludup RX-Z Siam demi penuhi minat kaki motor
Seludup RX-Z Siam demi penuhi minat kaki motor
RANTAU PANJANG: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan merampas 11 buah motosikal terpakai seludup bernilai RM42,113.50 termasuk cukai di Bukit Bunga, Tanah Merah di sini.
Pemangku Pengarah JKDM Kelantan, Koh Joo Kai, berkata rampasan pada 26 September lalu itu, dibuat susulan kejayaan anggotanya menggagalkan cubaan menyeludup sebuah motosikal Yamaha RXZ dalam kejadian di pangkalan haram Bukit Bunga pada 24 September.
Katanya, dalam tempoh dua hari, pihaknya membuat risikan sebelum menyerbu sebuah bengkel yang dijadikan tempat penyimpanan motosikal terpakai dari negara jiran.
“Hasil siasatan mendapati kesemua motosikal terbabit tidak mempunyai nombor pendaftaran Malaysia, selain turut diubah suai dipercayai bagi memenuhi permintaan pelanggan tempatan.
“Pihak kami masih meneruskan siasatan bagi mengesan pemilik motosikal serta pemilik bengkel bagai mengenal pasti Orang Yang Disyaki (OYDS) yang terbabit dalam penyeludupan motosikal terpakai ini.
“Mereka menggunakan modus operandi dengan membawa motosikal melalui laluan sungai menggunakan bot atau sampan ke pangkalan haram sebelum dibawa ke bengkel,” katanya dalam sidang media di Pejabat Penguatkuasaan JKDM Rantau Panjang, di sini, hari ini.
Koh berkata, kes terbabit disiasat dibawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.
“Jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak kurang daripada 10 kali nilai barangan atau RM100,000 yang mana lebih besar dan tidak lebih daripada 20 kali nilai barang atau RM500,000 yang mana lebih besar.
“Pesalah juga boleh dipenjarakan tidak kurang daripada enam bulan atau tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan pertama.
“Kes penyeludupan motosikal terpakai bukanlah yang pertama diperoleh pihak JKDM Kelantan, namun begitu rampasan kali ini agak besar dipercayai kerana mula mendapat permintaan tinggi dalam kalangan peminat motosikal tempatan,” katanya.
Menurutnya, JKDM mengalu-alukan maklumat daripada orang ramai berkaitan sebarang aktiviti penyeludupan dan pihaknya memberi jaminan bahawa identiti setiap pemberi maklumat adalah dirahsiakan.
Jelasnya, orang ramai boleh menghubungi talian bebas tol kastam di nombor 1-800-88-8855 untuk sebarang maklumat . BH
Seludup RX-Z Siam demi penuhi minat kaki motor
Baca Artikel Menarik:
- Sejak jadi duda semua nak try – Adam Shahz
- Adik Sajat bengang rupanya dibezakan dengan abang
- Amerika hantar kapal perang lebih dekat ke Israel
- Jangan terlalu mencintai suami – Alyah
- Pekin belasah kru skodeng pelakon wanita
- Gaza berdepan detik paling teruk dalam 15 tahun
- Firdaus Rahman macam Khir Rahman, tengok cermin dulu
- Polis Mesir mengamuk, bunuh 2 pelancong Israel
- GV10: Ayai Ilusi terselamat, tiada penyingkiran di minggu ketiga
- Sarjan mampu pakai Alphard, Mercedes? (Video)
- Aaron Aziz bersama anak sebelum dan selepas, masih tetap nampak muda [VIDEO]
- Pelumba Cub Prix kritikal kemalangan di Litar Bandar Medini [VIDEO]
- Peserta Ironman Langkawi yang juga pengasas Kiddocare meninggal dunia
- Zahid dedahkan isu pengampunan Najib, serangan dan pengkhianatan dalam UMNO
- Man On The Run dedah skandal 1MDB
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Putera Mateen, Dayang Anisha bakal berkahwin Januari 2024
Pengarah JSJ Bukit Aman ‘basuh’ semua KBSJD, “jangan sanggup jual nyawa rakan sendiri” [VIDEO]