Shila Amzah serik kena buatan orang

Shila Amzah serik kena buatan orang

Pengalaman terkena buatan orang sewaktu menyertai sebuah pertandingan nyanyian tahun lepas tidak menghalang penyanyi Shila Amzah untuk menyertai program realiti Famili Duo tahun ini.

Kata Shila, kerisauan tentang tentang perkara itu membuatkan dia sentiasa berdoa dan mengharapkan perlindungan daripada Allah S.W.T.



“Saya tak dapat nak kongsikan secara khusus tentang apa yang berlaku dan saya tak boleh nak jelaskan siapa disebalik perbuatan itu kerana jujur saya tak tahu.

“Tapi sepanjang berada dalam industri seni, itulah kali pertama saya menghadapinya. Ia memang memeritkan.

“Saya tahu setiap pertandingan pasti ada elemen-elemen mistik sebegini. Perasaan takut memang ada. Saya hanya mampu berdoa, semoga dilindungi dan mudah-mudahan perkara begini tidak lagi berlaku kepada saya,” katanya.

Shila mengulas tentang dakwaan masalah kesihatannya yang dikaitkan dengan buatan orang ketika penyanyi ini bersaing di peringkat akhir program Gegar Vaganza musim ke-9.



Shila dalam Gegar Vaganza tahun lepas berjaya merangkul tempat ketiga sekaligus membawa pulang wang tunai RM30,000. Utusan

Shila Amzah serik kena buatan orang

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Ziela Jalil kena sabotaj?

PA Ebit dah bersama Caprice, makin panas



Berdosa ke jadi janda, soal Fauziah

Hidung aktres wanita rosak ditipu ‘beautician’ menyamar doktor



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker