Man On The Run dedah skandal 1MDB
PENDEDAHAN skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) amat menggemparkan negara dan turut mendapat perhatian dunia.
Dek pendedahan itu, bekas pemimpin nombor satu negara, Datuk Seri Najib Tun Razak serta seorang individu yang masih diburu iaitu Jho Low, menjadi perhatian utama.
Melihat kepada tumpuan terhadap skandal berkenaan, maka sebuah filem dokumentari telah dihasilkan berjudul Man On The Run (MOTR).
Pengarah MOTR, Cassius Michael Kim berkata, dia tertarik untuk menghasilkan filem dokumentari itu kerana liputan yang cukup meluas terhadap kisah 1MDB.
“Walaupun ia mendapat liputan yang meluas, namun masih ramai lagi yang tidak tahu tentang perjalanan sebenar mengenai skandal ini dengan lebih mendalam.
“Jadi, filem ini akan memberi penerangan terhadap apa yang berlaku, terutama sekali untuk mereka yang mengikuti perkembangan kes ini,” ujarnya.
MOTR mendedahkan kisah benar yang mengejutkan tentang rasuah dan pengkhianatan yang menggegarkan kestabilan kewangan seluruh negara.
Ia turut membabitkan Jho Low, seorang ahli perniagaan misteri serta playboy dengan merancang mengeksploitasi dana kekayaan Malaysia menerusi apa yang diketahui umum sebagai 1MDB.
Jho Low dipercayai menyalurkan berbilion-bilion duit ke dalam akaun bank global untuk memupuk gaya hidupnya yang mewah, termasuk pesta Hollywood dan bahkan membiayai pembikinan filem The Wolf Of Wall Street.
‘Penyelidikan’ yang dilakukan oleh Cassius Michael Kim ini membongkar rangkaian rasuah serta mendedahkan kesan mendalam skandal kewangan yang besar ini.
Menurut Cassius, antara yang menarik dalam MOTR ini apabila pihaknya dapat membuat temu bual dengan individu serta pihak yang mempunyai hubung kait dengan kisah 1MDB ini.
Bagaimanapun, dia tidak menafikan terdapat cabaran apabila ada segelintir yang tidak mahu ditemu bual untuk menjayakan filem dokumentari ini atas sebab-sebab tertentu.
“Apa yang paling menarik perhatian apabila kami dapat membuat temu bual dengan individu terdekat yang dikaitkan dengan skandal ini iaitu Datuk Seri Najib sendiri.
“Sepanjang wawancara bersamanya, saya akui cukup kagum dengan keupayaannya untuk menjawab setiap soalan yang diberikan,” jelasnya.
Filem dokumentari MOTR akan ditayangkan di pawagam pada 19 Oktober depan.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Jentik kemaluan dua murid, jurulatih mengaku tidak bersalah
- Pemilik restoran caj mahal didakwa Ekin rupanya makcik Linda Hashim
- Ketua Pemuda UMNO layak sertai kabinet Kerajaan Perpaduan
- Tauliah mengajar Ustaz Abdullah Khairi sah ditarik balik
- Pemilihan Bersatu: Kumpulan Muhyiddin vs Kumpulan Hamzah
- Saman pakir kereta dihadpaan rumah sendiri, PBT jangan tekan rakyat
- PAS silap percaturan – Shahril Hamdan
- Bersemuka terus dengan mangsa kalau berani – Firdaus Wong
- View Chin sudah peluk Islam?
- Kisah benar wanita kandung anak jin di Terengganu
- Muhyiddin ‘bodohkan’ kerajaan
- Nadia Annuar bercerai lagi
- Isteri Mawi terkejut dicaj RM1200 untuk makanan laut di gerai
- Hael Husaini mengamuk di set, Sharnaaz bagi nasihat
- Faizal Hussain didakwa pegang tangan bekas penyampai berita terkenal
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Hidung aktres wanita rosak ditipu ‘beautician’ menyamar doktor
You must be logged in to post a comment.