Hamil, ini komen Diana Danielle


Hamil, ini komen Diana Danielle

Perkahwinan pasangan selebriti, Farid Kamil dan Diana Danielle pernah berdepan dengan ujian selepas sah bercerai talak satu pada Ogos lalu setelah 11 tahun mendirikan rumah tangga.

Sebulan kemudian, tular spekuasi bahawa mereka akan rujuk semula selepas muncul dalam sebuah program bual bicara secara podcast yang dikendalikan oleh BUDIEY dalam rancangan BORAK SINI HABIS SINI.

Dalam pada itu, aktor ini turut memberikan kenyataan kepada media tempatan bahawa mereka bakal rujuk semula dan akan ke mahkamah syariah untuk proses selanjutnya.



Terkini, Diana menerusi hantaran di Instagram berkongsi beberapa foto yang memaparkan pasangan ini sedang menghabiskan masa bersama membeli barangan keperluan di sebuah pasaraya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dilihat ‘bersemut’ melihat gelagat pasangan ini umpama pengantin baru, malah ramai yang menitipkan doa agar perkahwinan mereka berkekalan.

“Diorang punya vibes macam pengantin baru yang kahwin semalam. Moga kekal bahagia hingga ke syurga bersama anak-anak tersayang.”

“Bahagia tu sampai kat sini. Semoga kekal hingga jannah.”



“Macam pengantin baru.”

“Macam baru lepas bersanding semalam, dan harini tengah honeymoon. Sweet arh!!.”

“Yeay, the next kak diana jr is coming.”

Spekulasi Hamil?



Selain itu, Diana dilihat turut membalas komen seorang netizen yang berpendapat dirinya kelihatan sedang berbadan dua.

“Saya tidak hamil.”-balas Diana ringkas

Sekadar info, pasangan ini sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor pada 10 Ogos.

Diana dan Farid mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad dan Nur Aurora. Mr



Hamil, ini komen Diana Danielle

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10: Peminat mahu Kak Lina Pom Pom kembali, Elly Mazlein tak gedik



Ira Kazar terima kifarah – Nur Nilam

Jiggy komen pakaian renang Dhabitah



Tuah wajah iras Mira Filzah dapat watak utama

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker