Super Nabil, pengajaran dan nilai murni diterapkan Nabil

Super Nabil, pengajaran dan nilai murni diterapkan Nabil

SELEPAS kejayaan siri animasi Lu Pikir La Nabil, Tuudeh…!, Astro meneruskan karya hebat ciptaan selebriti versatil Malaysia, Nabil Ahmad dengan siri musim terbaharu, Super Nabil.

Berbeza dengan penceritaan sebelumnya, animasi kali ini memberi penekanan terhadap nilai murni dan pengajaran yang boleh diterapkan ke dalam kehidupan para penonton, khususnya golongan kanak-kanak.



Siri animasi ini merupakan ‘spin-off’ daripada kisah penceritaan zaman kanak-kanak Nabil Ahmad yang diselitkan dengan pelbagai pengajaran dan moral yang bermanfaat.

Mengikut jejak langkah Lu Pikir La Nabil, penceritaannya menerusi 12 episod masih mengekalkan sisi nostalgik serta pembawaan elemen tradisional.

Namun, menerusi Super Nabil yang ditayangkan di Astro Ceria, konsep komedi dan sci-fiction yang ditonjolkan bertujuan untuk memberi keserasian terhadap minat para penonton dengan elemen ‘superhero’ yang lebih dekat di hati kanak-kanak pada masa kini.

Nabil, pencipta idea asal serta pelakon suara watak utama siri animasi ini, berkata, setelah menerima maklum balas yang amat baik daripada para peminat dan penonton siri animasi Lu Pikir La Nabil sebelum ini.



“Bersama Astro dan pihak produksi telah menjalankan kajian bagi menghasilkan siri terbaharu ini. Maka terciptalah Super Nabil yang di inspirasikan dari pengalaman saya sewaktu kecil bersama rakan-rakan ketika bermain permainan tradisional.

“Nama siri baharu ini dipilih kerana bersesuaian dengan jalan cerita yang banyak elemen komedi dan sci-fiction yang begitu dekat di hati kanak-kanak masa kini,” katanya.

Selain menampilkan jalan cerita kelakar, Super Nabil padat dengan pengajaran mengenai pentingnya keyakinan diri melalui kelebihan yang dimiliki.

Tambah Nabil, setiap manusia perlu percaya pada diri mereka sendiri berbanding sumber luar kerana kekuatan diri itu datangnya dari dalaman.



“Kejayaan kita bergantung kepada usaha kita sendiri” merupakan nasihat yang diberi menerusi kisah yang dilalui watak Nabil dalam siri animasi ini.

“Saya berharap kekuatan yang dipaparkan dalam siri ini dapat membuka peluang dan membuka mata para penonton tentang keperluan memperluaskan animasi tempatan di Malaysia seperti animasi yang lain.

“Saya juga berharap agar Super Nabil terpahat di hati para penonton di kalangan kanak-kanak dan juga ibu bapa serta mendapat tempat sebaris dengan animasi-animasi tempatan popular,” jelas Nabil.

SINOPSIS SIRI MINI ANIMASI SUPER NABIL



Siri animasi Super Nabil ini mengisahkan Nabil, rakan karibnya dan seekor kucing misteri yang berusaha keras menentang team Poser yang penuh tipu muslihat untuk memenangi pertandingan Super Jaguh Kampung. Utv

Super Nabil, pengajaran dan nilai murni diterapkan Nabil

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Dr Syazwani ‘superhero’ dalam pesawat Turkish Airlines, banggakan negara

Jasmin Hamid pakai Proton Wira, dah miskin ke?



Meerqeen, Ameera Khan dating di Paris? (Video)

13 sebab mahkamah tak patut gugur pertuduhan Muhyiddin

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker