Sukan Asia: Dhabitah-Wendy pertahan pingat perak

Kem terjun negara terus cemerlang di pentas Sukan Asia Hangzhou apabila kali ini meraih pingat perak menerusi gandingan Nur Dhabitah Sabri dan Ng Yan Yee dalam acara tiga meter (m) papan anjal seirama.

Dhabitah-Yan Yee menempa kejayaan itu selepas meraih 270.27 mata daripada lima terjunan pada aksi final yang berlangsung di Pusat Akuatik Olimpik Hangzhou sebentar tadi.

Dua penerjun negara itu berjaya menewaskan pasangan Korea Selatan, Park Hareum-Kim Suji yang terpaksa akur menamatkan saingan di tempat ketiga menerusi kutipan 253.56 mata.



Ini bermakna Dhabitah-Yan Yee berjaya mengekalkan pingat perak dimenangi mereka dalam acara itu sewaktu edisi 2018 di Jakarta-Palembang, Indonesia.

Ia juga adalah pingat perak keempat berturut-turut buat Yan Yee yang mesra disapa Wendey dalam acara itu selepas memenanginya bersama Datuk Leong Mun Yee (Guangzhou 2010), Cheong Jun Hoong (Incheon 2014) dan Dhabitah (Jakarta 2018).

Pingat emas acara itu pula kekal menjadi milik China menerusi kejayaan Chen Yiwen-Chang Yani selepas memungut 335.73 mata, jauh meninggalkan Dhabitah dan Yan Yee.

Setakat hari kedua acara terjun, Malaysia berjaya menyambar satu pingat perak dan dua gangsa hasil gandingan Datuk Pandelela Rinong Pamg dan Dhabitah (10m platform seirama) serta Muhammad Syafiq Puteh-Ooi Tze Liang (3m papan anjal seirama)



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dr Syazwani ‘superhero’ dalam pesawat Turkish Airlines, banggakan negara



Jasmin Hamid pakai Proton Wira, dah miskin ke?

Meerqeen, Ameera Khan dating di Paris? (Video)



13 sebab mahkamah tak patut gugur pertuduhan Muhyiddin



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker