Bantah ICERD: Kelantan Bagi Cuti, Menggambarkan Keseriusannya

Keputusan Kerajaan Kelantan untuk memberikan cuti peristiwa bagi membolehkan rakyat negeri tersebut menghadiri Himpunan Perpaduan Ummah yang akan diadakan Sabtu ini, selain membuktikan sokongan tidak berbelah bahagi, turut membenarkan kebimbangan banyak pihak dalam isu IECRD ini.

Cuti peristiwa seperti mana yang kita tahu, hanyalah untuk perkara penting-penting dan jarang-jarang.

Sekalipun pihak regim dikatakan sudah membuat kenyataan untuk tidak meneruskan ratifikasi tersebut tapi kemudian ada pulak pihak lain dalam Pakat yang sama menjelaskan bahawa IECRD ini hanya ditangguhkan bukan dibatalkan.

Ini soal nak mempertahankan perlembagaan, bukan apa niat yang lain kerana jelas IECRD ini bertentangan dengan perlembagaan negara kita.  Malah dalam kenyataan regim ketika membuat keputusan untuk tidak meneruskan IECRD ini, turut menyatakan tentang komitmen mempertahankan perlembagaan.



Membuktikan dengan sendirinya regim sendiri pun tahu implikasi dari ratifikasi ini kalau diteruskan, dah ditangguhkan kemudiannya pulak. Mana satu betul pun tak tahu.

Mana-manapun, semua ini mewajarkan keputusan untuk meneruskan perhimpunan tersebut dan kerana itulah agaknya ia mendapat kebenaran dari pihak polis dan DBKL kerana isu ini adalah penting kepada semua lapisan rakyat di negara ini.  Jelas, cakap puak-puak ini tidak boleh dipakai seperti mana janji pilihanraya mereka juga adanya.

Nak ubah perlembagaan, ikut aturan yang sebetulnya, bukan seperti mana banyak pendapat dalam media sosial berkaitan isu ini bahawa ratifikasi ini seakan cubaan “meminda” perlembagaan ikut jalan belakang – pendapat mereka, betul ke tidak tu perkara lain.

Apa pun. tahniah untuk kerajaan Kelantan dan semoga dengan keputusan ini nanti akan memeriahkan perhimpunan yang bakal diadakan, dan semoga semuanya akan berjalan dengan baik, mematuhi undang-undang dan sebagainya.



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker