Ahmad Dhani puji orkestra Malaysia
Ahmad Dhani puji orkestra Malaysia
Pengasas kumpulan Dewa 19, Ahmad Dhani tanpa berselindung memuji pasukan orkestra Malaysia yang disifatkan lebih baik berbanding kumpulan orkestra di Indonesia yang pernah bekerja dengan mereka.
Dia yang akan menjayakan Konsert A Night At The Orchestra Chapter 5 Live In Malaysia Dewa 19 berkata, menerusi latihan, dia mendapati orkestra Malaysia lebih bagus daripada Indonesia.
“Saya sudah dengar latihan, nampaknya orkestra Malaysia lebih bagus daripada Indonesia. Kalau di Indonesia, orkestranya memang orang Indonesia asli (sejati).
“Kalau di sini saya dengar beberapa ahlinya adalah naturalisasi (orang asing). Ya orkestra bukan budaya kita. Jadi bila orang barat yang mainkan, akan lebih baik dan dihayati.
“Sama seperti mengaji apabila orang Arab lebih fasih berbanding orang kita,” katanya ditemui pada sidang media yang berlangsung di Axiata Arena malam tadi.
Menurutnya, persembahan dengan orkestra dari luar memberikan pengalaman berbeza dan bernilai kepada mereka.
“Muzik adalah makanan jiwa. Orkestra itu makanan jiwa. Kadangkala kami bermain muzik untuk hiburan belaka. Kali ini sebagai makanan jiwa.
“Di Indonesia menonton orkestra adalah budaya baru di sana. Di sana belum ada orkestra seperti Malaysia yang dibiayai oleh negara.
“Indonesia belum ada. Selepas ini mungkin ada,” katanya yang akan menyampaikan 34 buah lagu pada konsert terbabit.
Konsert A Night At The Orchestra Chapter 5 Live In Malaysia akan berlangsung di Axiata Arena Bukit Jalil malam ini.
Konsert yang akan dikendalikan konduktor muzik Indonesia, Guntur Nur Puspito, bakal diiringi seramai 54 pemuzik orkestra Malaysia.
Dewa 19 turut berkolaborasi dengan tiga artis tempatan iaitu Jaclyn Victor, Shila Amzah dan Amir Masdi bagi memeriahkan konsert berkenaan. HM
Ahmad Dhani puji orkestra Malaysia
Baca Artikel Menarik:
- Ramai orang terkejut matahari bertukar warna biru
- Permohonan ‘Notis Merah’ Interpol terhadap menantu Muhyiddin hampir sempurna
- Ada nampak saya pegang botol arak? – Syasya Dolla
- Sokongan pada BN di Pelangai belum memuaskan – Wan Rosdy
- MoF akan serah semula aset TH – Anwar
- AGT 2023, anjing juara, Simon tetap bangga dengan Putri Ariani
- Azira Shafinaz bakal nikah
- Artis ada hak, bukan mengemis – Altimet
- Simpan duit bayar saman – Puteri Sarah
- Zii Jia buat hal di Hangzhou
- Akmal bidas Lian Ker, saya jaga rakyat bukan tauke besar
- Mamat ingatkan Nabil hati-hati bergurau
- Serabut tengok Nabil, Elly, Jihan kendalikan GV10
- Duda jutawan intai selebriti isteri orang
- Azeem Fahmi bakal disahkan sebagai Raja pecut di Sukan Asia
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Dr Syazwani ‘superhero’ dalam pesawat Turkish Airlines, banggakan negara
Jasmin Hamid pakai Proton Wira, dah miskin ke?