Warga emas separuh bogel terlantar di Wakaf Che Yeh
Seorang lelaki warga emas dibiarkan dalam keadaan terlantar separuh bogel di kaki lima kawasan tapak pasar malam Wakaf Che Yeh di sini selepas dipercayai ditinggalkan oleh ahli keluarganya sejak tiga minggu lalu.
Seorang peniaga pakaian di kawasan tumpuan pelancong itu, Ashwadi Ramli , 45, berkata, warga emas terbabit pada awalnya dilihat boleh berjalan dan mampu membeli makanan di pasar selepas dua hari ditinggalkan dalam keadaan sehelai sepinggang bersama sebuah tilam buruk.
Menurutnya, lelaki yang mempunyai tatu pada bahagian lengan itu kemudiannya kelihatan tenat sebelum terlantar di atas kaki lima keadaan separuh bogel.
“Sepanjang tempoh tiga minggu ini, warga emas yang berusia dalam lingkungan 70-an itu terlantar dalam keadaan separuh sedar sehingga dia membuang air besar di kawasan tersebut.
“Bau busuk najisnya mengganggu peniaga di Wakaf Che Yeh sekali gus menjejaskan perniagaan saya dan rakan-rakan lain apabila pelanggan tidak mahu lalu atau masuk ke premis kami,” katanya ketika ditemui Kosmo! hari ini.
Ashwadi memberitahu, meskipun rimas dengan keadan itu, dia tetap membantu memberikan makanan dan minuman kepada warga emas itu setiap hari atas sifat perikemanusiaan.
Menurutnya, lelaki itu tidak mampu bergerak dan membuang air kecil dan besar di tempat dia terlantar.
“Saya sudah membuat laporan polis empat hari lalu selepas melihat keadaan warga emas itu bertambah tenat. Selain itu, saya turut melaporkan keadaan warga emas itu kepada pihak berwajib, namun tiada sebarang tindakan diambil sehingga hari ini,” ujarnya.
Menurut Ashwadi, difahamkan pihak hospital sudah datang melihat keadaan lelaki tersebut, tetapi tiada sebarang tindakan diambil.
Katanya, difahamkan, pihak berwajib tidak boleh mengambilnya kerana warga emas itu kerana dia tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelantan, Said Sidup ketika dihubungi Kosmo! berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan selain memantau keadaan warga emas itu di kawasan kaki lima di Wakaf Che Yeh dalam masa terdekat.
Menurutnya, bagaimanapun, siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengenal pasti identiti lelaki tersebut sama ada dia merupakan penduduk tempatan atau warga asing
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Ruhil Amani sudah bercerai
- Akmal dibidas ahli MCA ugut pengilang beras
- Gadis cilik dari Perak pecah Rekod Dunia Guinness dengan kebolehan luar biasa
- Khairul Aming tiada aset kecuali kereta Bezza
- Rashid merajuk balik Sarawak?
- Siap untuk kena saman
- Khairy setuju pencen penjawat awam, MP dimansuhkan
- PAS disaran tinggalkan PN dan perkasakan kerajaan Perpaduan
- Ustaz Derry dakwa Mondy hanya mahu duit
- Howard mohon maaf selepas polis ambil keterangan
- Netizen cabar Abang Tesla tambah dua lagi selepas bertemu Baby Shima dan Mondy
- Perbicaraan Ebit Lew jadi sesi bertikam lidah
- Majlis perkahwinan terbakar, 100 disahkan maut 150 tetamu cedera
- Dokumen dirampas, Radzi menghadap SPRM minggu depan
- Soalan tiada akidah! Cikgu Fadli Salleh bidas pengubal silibus Matematik Tahun 3
Layari Laman Facebook MYKMU.NET