Penjual buah maut ditikam, 4 ditahan

Seorang penjual buah warga emas maut ditikam dalam kejadian di hadapan sebuah rumah teres di Taman OUG, malam semalam.

Mangsa dikenali sebagai Ah Kau, 80, ditemui mati dengan kesan kecederaan di muka dan badan akibat tikaman, dalam kejadian 7.40 malam.

Ketua Polis Brickfields, Amihizam Abdul Shukor, berkata bertindak atas maklumat awam, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian di Jalan Hujan Emas 5, Taman OUG.



“Hasil pemeriksaan mendapati mangsa terbaring di hadapan sebuah rumah teres dua tingkat dalam keadaan berdarah dan lengkap berpakaian.

“Saksi yang juga penyewa rumah berkenaan memaklumkan bahawa si mati menjadikan kawasan rumah berkenaan sebagai tempat menyimpan buah-buahan untuk dijual di pasar pagi,” katanya dalam kenyataan menurut Berita Harian.

Beliau berkata siasatan lanjut membawa kepada penahanan empat lelaki warga asing berusia antara 29 hingga 53 tahun untuk membantu siasatan.

Bagaimanapun katanya, polis masih menyiasat motif sebenar kes bunuh itu.



“Pada masa ini polis masih memburu beberapa lagi suspek lain untuk siasatan lanjut.

“Siasatan dilakukan bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Orang awam dinasihatkan tidak membuat spekulasi berhubung kes ini,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Hotline Polis Brickfields di talian 03 22979222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03 21159999 atau tampil di balai polis berdekatan.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Elly undur diri dari GV10



Nabil jelas isu Mamat di tempat ‘tinggi’

Gelaran ‘Datuk’ suami Intan didakwa palsu



Tolonglah berikan saya ‘job’ – Mak Wan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker