PRK Kemaman: Hanya Zahid boleh putuskan untuk beri peluang pada muka baharu

Pemimpin Umno Terengganu tidak mempunyai masalah berundur bagi memberi laluan kepada barisan kepimpinan baharu menerajui parti di negeri itu.

Timbalan Ketuanya Nik Dir Nik Wan Ku berkata perubahan hanya boleh dibuat dengan arahan Presiden Umno Zahid Hamidi yang setakat ini, belum membuat rombakan selepas kekalahan teruk Barisan Nasional (BN) pada PRN bulan lalu.

“Kalau presiden kata perlu kepada baharu kita tak ada masalah dan menerima apa sahaja keputusan demi kebaikan parti.



“Jadi terserah kepada presiden parti, saya dan pemimpin lain terbuka apa sahaja diputuskan parti,” katanya kepada FMT.

Beliau mengulas gesaan veteran Umno Terengganu Abdul Rahman Bakar supaya rombakan segera dilakukan terhadap barisan pimpinan parti itu di Terengganu yang “dibadai Gelombang Hijau” pada PRU15 dan PRN apabila kalah semua kerusi.

Menurutnya, kepimpinan Ahmad Said perlu diganti dan mencadangkan supaya 80% daripada anggotanya membabitkan muka baharu manakala selebihnya pemimpin lama, berperanan sebagai penasihat.

Bagaimanapun, Nik Dir menegaskan perubahan pimpinan Umno Terengganu tidak seharusnya membabitkan peralihan kuasa kepada orang muda tetapi pemimpin mempunyai pelbagai idea baharu.



“Untuk menerajui Umno negeri ini bukan sahaja melihat kepada orang muda atau lama, kita perlu kepimpinan baharu tak kisah orang lama atau orang muda.

“Kalau beri orang muda tiada pengalaman pun tak ke mana juga, sebab itu saya setuju kepada kepimpinan baharu yang boleh merubah corak dan gaya kepimpinan Umno Terengganu dengan idea baharu,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Elly undur diri dari GV10

Nabil jelas isu Mamat di tempat ‘tinggi’



Gelaran ‘Datuk’ suami Intan didakwa palsu

Tolonglah berikan saya ‘job’ – Mak Wan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker