Lepas tular berumah dalam kereta, Ariff dapat banyak ‘job’

Lepas tular berumah dalam kereta, Ariff dapat banyak ‘job’

“Terima kasih kepada netizen yang tidak henti beri sokongan dan peluang untuk mendapatkan khidmat yang saya tawarkan. Alhamdulillah, saya dapat banyak kerja selepas kisah saya tular,” kata Ariff Luqman Peter Lisut.

Pemuda berusia 27 tahun yang mesra disapa Ariff Peter itu kini tinggal dalam Proton Wira selepas tersilap ‘percaturan’ apabila terpedaya dengan pelaburan mata wang digital menyebabkannya menanggung hutang lebih RM1 juta, dua tahun lalu.



Menurutnya, hampir setiap hari dia dihubungi orang ramai yang baik hati untuk mendapatkan khidmat pembersihan dan sanitasi premis serta rumah, tempahan menghasilkan poster perniagaan selain kandungan video yang ditawarkannya.

“Syukur kepada Tuhan. Malah, sekarang kurang rasa sakit kepala, tidak seperti sebelum ini. Dulu saya memang betul-betul ‘koyak’ dan pernah kemurungan.

“Saya berpegang pada prinsip ‘orang akan sokong kita asalkan kita jujur serta berterus-terang’. Terima kasih sekali lagi untuk peluang dan sokongan, Insya-Allah semua akan selesai dalam masa terdekat, malah hidup akan lebih tenang (tanpa bebanan hutang),” katanya dihubungi, hari ini.

Muka depan Harian Metro hari ini menyiarkan kisah Airff Peter yang terpaksa tinggal dalam Proton Wira yang juga satu-satunya harta miliknya, selepas menjual semua aset perniagaan, rumah dan kereta lebih setahun lalu.



Ia demi membayar hutang lebih RM1 juta selepas terpedaya pelaburan berkenaan dan kini hutangnya berbaki RM100,000, namun pemuda itu giat melakukan pelbagai kerja sampingan yang dikongsikan di TikTok. HM

Lepas tular berumah dalam kereta, Ariff dapat banyak ‘job’

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Hot Seats Gegar Vaganza GV10 bukan 5 tapi 6, Liza Hanim, Zamani bersaing sengit

Musa Hassan kini suami Qistina



Kehadiran Andi hangatkan lagi hubungan dengan Puteri Sarah

Ramai nak ‘try’ Puteri Sarah – Yusof Haslam



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker