Kampung Buatan Malaysia ZUS Coffee raikan produk Malaysia

Kampung Buatan Malaysia ZUS Coffee raikan produk Malaysia

Orang ramai yang melangkah ke dalam Rumah Tangsi, Kuala Lumpur akan disambut dengan suasana ‘kampung’ yang riuh rendah dan pemandangan yang akan mengimbau kembali detik nostalgia.

Inilah Kampung Buatan Malaysia, iaitu acara khas oleh ZUS Coffee, jenama kopi tempatan yang terkenal kerana inovasinya. Keriuhan suasana kampung ditemani dengan aroma kopi bakal memberikan suntikan perpaduan dan bangga terhadap buatan Malaysia dalam diri setiap pengunjung.



Kampung Buatan Malaysia merupakan inisiatif khas oleh ZUS Coffee dengan gabungan bersama jenama tempatan yang gah seperti Farm Fresh, Inside Scoop, Julie’s, SYOK dan BOH untuk bersama-sama membuktikan bahawa jenama dan produk Buatan Malaysia adalah jenama yang cukup hebat sama seperti jenama antarabangsa.

Ketua Pegawai Operasi ZUS Coffee, Venon Tian, berkata, Kampung Buatan Malaysia pihaknya mendukung jenama tempatan lain yang sedang meningkat naik untuk turut sama berganding bahu memeriahkan acara ini.

“Pengunjung akan menikmati pelbagai juadah dari Lorong Makan ZUS yang menggabungkan rasa tempatan dan antarabangsa.

“Sebanyak 23 jenama tempatan yang mempromosikan fesyen, tatarias, barangan hiasan rumah dan banyak lagi boleh didapati di ruangan atas Kampung Buatan Malaysia,”katanya.



Menurutnya, untuk pengunjung mengenali lebih lagi tentang ZUS Coffee, mereka bakal membawakan “ZUS Time Tunnel” yang akan menceritakan tentang perjalanan ZUS Coffee sebagai jenama tempatan dalam memberikan produk berkualiti tinggi kepada Malaysia.

“Sebahagian daripada perjalanan ZUS Coffee itu ada diselitkan sokongan ZUS Coffee terhadap jenama tempatan lain melalui gabungan bahan dalam mencipta satu cawan kopi.

“Selain memberi sumbangan dari segi kolaborasi, ZUS Coffee juga menyumbang kepada masyarakat melalui 2,500 peluang pekerjaan di seluruh Malaysia,”katanya.

Venon berkata, ZUS Coffee terus komited untuk menawarkan pertumbuhan kerjaya bagi mereka yang menggemari kopi, memupuk bakat dan mempromosikan kepakaran tempatan melalui ZUS Academy di mana kami melatih rakyat Malaysia untuk menjadi barista.



“Bukan itu sahaja, bersempena Hari Merdeka dan Hari Malaysia, ZUS Coffee telah mencipta hidangan kopi dan teh kegemaran rakyat Malaysia melalui produk baharu iaitu “Tarik Series”. ZUS Kopi Teh Tarik and ZUS Teh Tarik ini diperbaharui dengan kelembutan ‘Velvet Crème’ ZUS Coffee. Satu gabungan rasa tempatan lemak manis yang mengikut citarasa rasa kita,”katanya.

Kempen Buatan Malaysia juga mengetengahkan kolaborasi ZUS Coffee dengan BOH untuk “Tarik Series,”, dan juga kolaborasi dengan Inside Scoop untuk aiskrim edisi terhad yang diilhamkan oleh minuman ZUS Coffee. Kolaborasi ini menunjukkan kejayaan yang boleh dicapai apabila jenama Malaysia bersatu dan bekerjasama.

Sambil menikmati keindahan Kampung Buatan Malaysia, para pengunjung juga boleh menyaksikan persembahan oleh artis-artis terkenal tempatan seperti Syamel, Kaka Azraff, dan Andi Bernadee.

Acara ini juga bakal diserikan dengan persembahan warisan budaya Malaysia melalui tarian Muhibbah yang menggabungkan budaya dan kaum yang berbeza.



Bagi memperkasakan lagi konsep dan tema kempen ‘Buatan Malaysia’, ZUS Coffee telah menghasilkan video kempen yang bertajuk “ZUS Coffee On Trial: Buatan Malaysia?”. Dibintangi wajah-wajah ternama seperti pelawak Kavin Jay dan Ryan Howlett, Arieff Yong, serta jenama tempatan yang terkenal seperti Farm Fresh, Inside Scoop, BOH, dan Julie’s. Video ini bertujuan mempamerkan kebanggaan sebagai buatan Malaysia.

Dengan ini, semua dijemput untuk bersama-sama memeriahkan lagi Kampung Buatan Malaysia pada 9 September 2023. Mari bersama kita memartabatkan buatan Malaysia!

Orang ramai boleh layari laman rasmi www.zuscoffee.com untuk maklumat lanjut. Sinar

Kampung Buatan Malaysia ZUS Coffee raikan produk Malaysia



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Hot Seats Gegar Vaganza GV10 bukan 5 tapi 6, Liza Hanim, Zamani bersaing sengit



Musa Hassan kini suami Qistina

Kehadiran Andi hangatkan lagi hubungan dengan Puteri Sarah

Ramai nak ‘try’ Puteri Sarah – Yusof Haslam

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker