Bawang terbesar di dunia ditanam petani UK

Bawang terbesar di dunia ditanam petani UK

LONDON: Seorang petani di United Kingdom (UK) berjaya menanam bawang gergasi seberat 8.97 kilogram (kg) yang dijangka bakal memecahkan Rekod Dunia Guinness bagi kategori sayuran itu.

Bawang itu dipamerkan di Pameran Bunga Musim Gugur Harrogate yang diadakan di Yorkshire Utara dari 15 hingga 17 September lalu.



Foto yang dikongsi di Instagram menunjukkan petani dari Guernsey, Gareth Griffin memegang bawang holland tersebut yang kelihatan lebih besar daripada kepalanya.

Lapor The Independent, berat bawang yang ditanam oleh Griffin diukur ketika dia menyertai Pertandingan Sayur-sayuran Gergasi Persatuan Kehormat Kebangsaan England (NEHS) semasa pameran tersebut dan permohonan untuk memecah Rekod Dunia Guinness sudah dihantar untuk semakan.

Rekod semasa untuk bawang terbesar ialah seberat 8.5 kg yang ditanam oleh Tony Glover dari UK dan ditimbang di pameran serupa pada 12 September 2014.

Griffin memberitahu BBC, dia mengembangkan minat menanam sayuran gergasi selepas melihat kejayaan bapanya dan mengakui kerap menyertai kejohanan dunia sejak 12 tahun lalu.



“Saya hampir memegang rekod pada 2014 tetapi kekurangan beberapa gram. Saya mencuba sejak itu dan tahun ini ia berjalan lancar. Saya rasa ia agak besar sedikit daripada bola sepak dan lebih kepada bentuk bola ragbi,” katanya.

Griffin berkata, dia mencuba dua teknik berbeza untuk menanam bawang gergasi itu yang melibatkan pencahayaan selama 24 jam dan sistem pengairan automatik. HM

Bawang terbesar di dunia ditanam petani UK

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Baby Shima dah jadi Mondy Tatto (Video)

La Luna ada unsur soft porn?



Bapa Mondy minta maaf

Peluk ok, cium bibir tak boleh – Fedi Nuril



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker