Aina Abdul balas dendam komen Adlin
Aina Abdul balas dendam komen Adlin
Penyanyi dan komposer, Aina Abdul menyifatkan komen yang diberikan aktor Adlin Aman Ramlie berhubung fesyen yang digayakannya sewaktu menyertai pertandingan Mentor Legend pada 2014 sebagai satu bentuk teguran yang baik.
Menerusi program Show Dalam Bilik, Aina yang ditemu bual secara eksklusif berkata dia tidak mengambil serius mengenai komen tersebut meskipun ketika itu hatinya sedikit terguris.
Menurut Aina atau nama sebenarnya Nurul Aina Abdul Ghani, komen itu juga telah membuatkannya bangkit dan tampil dengan pemakaian yang lebih eksentrik saban masa.
Komen abang Adlin ketika itu memang menusuk hati saya. Tetapi komen itu adalah berbentuk kata-kata semangat. Kadang-kadang komen yang diberikan saya tidak suka dengar, tetapi komen tersebut jugalah yang akan mengubah kehidupan saya.
Terima kasih kepada abang Adlin kerana beri sokongan dan komen-komen yang membuatkan saya untuk membalas dendam in a good way. Alhamdulillah. Kalau abang Adlin tengok fesyen saya sekarang, onz tak?
Terdahulu, Adlin menegur penampilan Aina dengan menyifatkan gaya pemakaiannya seakan wanita berusia atau mak cik.
Aina menyertai Mentor Legend pada 2014 sebagai protege kepada ratu rock negara, Ella.
Sementara itu, Show Dalam Bilik sempat meminta pelantun lagu ‘Jangan Mata Rasa’ Itu untuk mengulas mengenai sepotong video memperlihatkan dia berjaya melepasi satu sesi uji bakat pertandingan nyanyian.
Menurut Aina, uji bakat tersebut merupakan audisi pertama yang disertainya, namun dia akur apabila berjaya sehingga peringkat ketiga sahaja.
Ujibakat itu (Akademi Fantasia) merupakan yang pertama saya sertai, saya lulus sampai stage ketiga tapi selepas itu saya tidak berjaya. Saya dikalahkan.
Bagi saya peluang itu banyak, jangan pernah mengalah, bukan kerana satu kegagalan itu buat kita rasa jatuh. One door close another window open.
Dalam perkembangan lain, Aina bakal mengadakan konsert berskala besar berjudul A Night With Aina Abdul 3.0 pada 18 November 2023 dan memilih dewan Axiata Arena, Bukit Jalil sebagai lokasinya.
Tiket konsert mula dijual dengan harga RM98 (Silver), RM188 (Gold), RM258 (Platinum), RM288 (VIP), RM358 (VVIP) dan RM458 (MIP) bermula 15 September 2023 di www.aina.abdul.my.
Aina Abdul balas dendam komen Adlin
Baca Artikel Menarik:
- Irmohizam rakyat Malaysia pertama dipilih Ahli Lembaga WTCA
- Shah Rukh Khan cucuk alat sulit
- Beras import pada harga beras tempatan
- Gali semula kubur bayi selepas dengar tangisan
- Puteri Zarith fail penceraian
- Saifuddin jawab saman Sanusi
- Ini sebab Diana rujuk semula dengan Farid
- Nelydia Senrose free hair di Thailand?
- Jakim tidak terbabit gugurkan nama Ustazah Norhafizah
- Ebit Lew disiasat polis
- Pegawai pihak berkuasa tempatan ditangkap berkhalwat dengan isteri orang
- Tiga wanita seksi menari dangdut depan surau
- Ucap selamat datang bulan Maulidur Rasul, Mondy dikecam netizen
- 3 Mahasiswa cedera ditikam
- Caprice minta Ebit Lew hantar saman segera
Layari Laman Facebook MYKMU.NET