Wanita selamba minta tapau lauk sebelum kenduri bermula [VIDEO]
KUALA LUMPUR: Memberi tetamu ‘berkat’ makanan yang dibungkus dari kenduri adalah amalan biasa masyarakat terutama kepada saudara mara selepas majlis selesai.
Bagaimanapun, tular di media sosial sejak petang semalam, seorang wanita yang tanpa segan silu meminta pihak katering membungkus makanan kepadanya.
Menariknya, wanita itu turut membawa sendiri bekas makanan dan memberikan kepada pihak katering dengan harapan dapat membawa pulang makanan.
Tidak dapat dipastikan lokasi majlis itu, namun difahamkan wanita berkenaan meminta makanan berkenaan dibungkuskan seawal jam 10.30 pagi iaitu sebelum majlis bermula.
Malah, wanita yang memakai baju dan seluar hitam itu berkata tuan rumah sudah membayar makanan berkenaan dan meminta supaya pihak katering membungkuskan satu atau dua lauk kepadanya.
“Dia orang (tuan rumah) kan dah bayar. Setakat satu dua bungkus takkan tak boleh ‘tapau’ (bungkus),” mintanya.
Bagaimanapun, dua pekerja wanita berkenaan memaklumkan mereka tidak boleh berbuat demikian kerana masih awal dan jika sudah di akhir majlis tiada masalah untuk berbuat demikian.
“Tak boleh makcik kalau akhir-akhir tu bolehlah kita orang nak bungkus,” katanya.
Wanita berkenaan yang membahasakan dirinya ‘acik’ bagaimanapun berkeras juga mahukan lauk dibungkus kepadanya.
“Acik (makcik) nak juga. Acik nak dua, tiga jenis lauk je,” katanya.
Namun pekerja berkenaan menjelaskan dengan baik yang pengurus serta tuan rumah tidak memaklumkan apa-apa kepada mereka setakat ini dan mereka juga tidak boleh berbuat sesuka hati kerana bimbang jika berlaku sebarang masalah.
Perkongsian video selama 44 saat itu kini sudah mendapat tontonan 1.2 juta tontonan dengan rata-rata pengguna tidak berpuas hati tindakan wanita itu yang tidak menghormati majlis.
Video itu dikongsikan seorang individu yang memaklumkan wanita berkenaan sudah makan di situ dan mahu bungkus makanan pula.
Katanya, kenduri itu menggunakan katering manakala majlis belum bermula dan ketika itu baru jam 10.30 pagi.
“Yang minta ‘tapau’ dengan budak-budak katering ni sama-sama tak nak kalah. Korang rasa sampai bila nak habis ‘culture’ ‘tapau’ lauk kenduri ni?” tulisnya dalam video berkenaan.
Sementara itu, seorang pengguna berpesan sesiapa yang pergi kenduri yang menggunakan katering, jangan minta bungkus kerana selalunya makanan adalah cukup-cukup.
“Kalau rewang lain cerita. Jangan menyusahkan budak-budak yang bekerja. Pergi cari tuan rumah minta dekat dia,” katanya.
Seorang lagi pengguna, mengatakan zaman sekarang ramai makcik yang suka membungkus makanan walaupun majlis belum habis.
“Ingat orang belakang sikit acik, kesian kat tetamu nanti. Orang kat rumah tu ajak je la datang makan kenduri sekali, kot ye pun risau orang kat rumah lapar,” katanya.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Muhyiddin diketepikan, Mahathir dilantik penasihat negeri diperintah PN
- Najib mahu AGC sahkan memo bocor benar-benar wujud dan tulen
- Syed Saddiq ayam jaguh tapi ekor bergelumang tahi
- Rasuah Jana Wibawa, Adam Radlan dibicara Mei tahun depan
- Chegubard mengaku ditangkap kerana gagal hadir membantu siasatan
- Fasha Sandha mandi dengan suami buat netizen jadi panas (Video)
- Anakanda Agong, Raja Permaisuri, tampan dan cantik
- Saya bersedia untuk poligami tapi dia tinggalkan saya – Fauziah
- ‘Mengapa kahwin dengan saya kalau nak jadi curang’!
- Ahli Parlimen Melayu DAP sokong perhimpunan “Selamatkan Malaysia”
- Anak Que Haidar macam Barbie (Video)
- Demo anti-Zahid pindah tempat, Kampung Bharu jadi ‘kambing hitam’
- Fasha kehilangan ramai ‘followers’ kerana ‘upload’ aksi ghairah
- Bekas menantu Zainal Abidin rayu jangan seksanya lagi
- Farid, Diana mahu rujuk semula
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.