Suami isteri maut motosikal rempuh trak tentera

Suami isteri maut selepas motosikal berkuasa tinggi dinaiki mereka terlanggar bahagian belakang sebuah trak tentera di Kilometer 87 Lebuhraya Utara Selatan (arah selatan) dekat Gurun, kira-kira 2.20 petang tadi.

Ketua Polis Kuala Muda, Zaidy Che Hassan, berkata mangsa yang maut dikenali sebagai Ridzuan Salleh@Ramli, 41, yang merupakan anggota tentera dan isterinya Rosmawati Ismail, 39.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal berkuasa tinggi jenis Benelli TNT yang sedang bergerak laju dari arah Alor Setar menghala ke arah Butterworth, telah hilang kawalan lalu melanggar bahagian belakang trak tentera.



“Impak perlanggaran yang kuat menyebabkan motosikal ditunggang Ridzuan dan pembonceng, Rosmawati, terbakar di tengah laluan jalan, menyebabkan kecederaan parah kepada kedua-dua mangsa,” katanya dalam kenyataan.

Zaidy berkata, Ridzuan yang berasal dari Kampung Bukit Segantang Garam, Bujang, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat melecur dan kecederaan di bahagian badan.

“Manakala isterinya yang berasal dari Singkir, Bedong, yang mengalami kecederaan parah pada pelbagai bahagian badan, meninggal dunia sewaktu menerima rawatan di Zon Merah Unit Kecemasan, Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini,” katanya.

Beliau berkata, dua anggota tentera yang berada dalam trak, pemandu yang berusia 28 tahun dan penumpang berumur 42 tahun tidak mengalami kecederaan.



Zaidy berkata, mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Jabatan Forensik HSAH untuk bedah siasat dan kes disiasat bawah Seksyen 41(1) APJ 1987.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Kak KM maki suami langgar kereta kesayangan? (Video)

Abah pilih dia ceraikan mak dan anak-anak sekali



Azhar Ali kembali ‘Scam’ jadi Perdana Fellow Di MITI?

Aisar Khaled payung ‘rider makanan’ motosikal baharu selepas motorsikal lama disita JPJ [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker