4 negeri ditadbir PAS bergabung membentuk “State-Government 4” bersama Mahathir

PETALING JAYA: Empat negeri bawah pentadbiran Perikatan Nasional (PN) bersetuju mewujudkan kerjasama dikenali sebagai “State-Government 4” atau SG4 bersama bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.

Menteri Besar Terengganu, Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata empat menteri besar dari negeri PN iaitu Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu akan membincangkan pelan tindakan bagi kumpulan SG4.

Katanya, Mahathir akan memainkan peranan secara tidak rasmi, terutama dalam menghubungkan SG4 bersama pelabur luar seperti Jepun dan Korea.



“Pengalaman dimiliki Mahathir sangat luas, saya rasa tak ada rakyat Malaysia yang menafikan peranan dia dalam membangunkan negara.

“Dan khususnya beliau memberi pesanan dalam urus tadbir yang cekap, yang diperlukan di peringkat negeri supaya kelulusan projek itu dapat diberikan dengan lebih efisien kerana tidak efisienlah yang menyebabkan pelabur-pelabur lari,” katanya pada sidang media dalam sebuah majlis di Terengganu.

Ditanya sama ada Mahathir akan dilantik sebagai penasihat, Samsuri berkata ketika ini pihaknya hanya mendapatkan nasihat secara tidak rasmi, dan akan melihat keperluan melantiknya, selepas ini.

Menurut Adun Rhu Rendang itu, SG4 akan memfokuskan isu seperti pertanian, industri, pelancongan dan lain-lain kerjasama, sambil menambah keempat-empat negeri akan saling membantu antara satu sama lain.



Pada 2 Sept lalu, Samsuri mengumumkan semua negeri pimpinan PN bersetuju untuk membentuk SG4 dengan memberi tumpuan pembangunan ekonomi dan menjaga kesejahteraan rakyat.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Kak KM maki suami langgar kereta kesayangan? (Video)

Abah pilih dia ceraikan mak dan anak-anak sekali



Azhar Ali kembali ‘Scam’ jadi Perdana Fellow Di MITI?

Aisar Khaled payung ‘rider makanan’ motosikal baharu selepas motorsikal lama disita JPJ [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker