Promosi arak secara terbuka, Mufti Pulau Pinang bangkit tegur Kerajaan DAP

GEORGE TOWN: Mufti Pulau Pinang Wan Salim Mohd Noor tegur Kerajaan DAP agar undang-undang berkaitan penjualan dan promosi arak di negeri itu diperbaiki, kerana sensitiviti semua pihak mesti dipertimbangkan.

Mengulas bantahan Ahli Parlimen Permatang Pauh Fawwaz Md Jan terhadap penjualan bir di sebuah pusat beli-belah di Perai menjelang Tahun Baharu Cina, Wan Salim berkata beliau bersetuju ia tidak wajar dilakukan secara terbuka.

“Pada pandangan saya undang-undang berkaitan penjualan dan pengambilan arak perlu dikemaskini dan diperbaiki supaya lebih jelas apa yang dibenarkan atau sebaliknya,” katanya kepada FMT.



“Ini bagi memastikan sensitiviti masyarakat Islam diambil kira, dan mengekalkan keharmonian sesama bangsa di negara ini.

“Lebih baik tidak mempromosikan arak secara terbuka kepada orang ramai. Cukuplah menjualnya di kawasan dikhususkan untuk golongan bukan Islam.”

Beliau pada masa sama menggesa umat Islam bersikap lebih toleransi terhadap budaya lain.

“Umat Islam juga perlu lebih bersikap inklusif dan toleransi terhadap budaya orang lain yang menjadi sebahagian daripada negara demokrasi ini. Keadaannya berbeza dengan Timur Tengah di mana orang Islam menjadi majoriti yang besar.



“Umat Islam di Malaysia mesti memegang konsep muwatanah, iaitu perkongsian tanah dan kewujudan bersama.

“Ajaran Islam fleksibel dan membolehkan penyesuaian dilakukan seiring masa, tempat dan persekitaran.

Pemahaman tegar bukan saja bertentangan dengan semangat Islam sendiri, malah menghalang hidayah memasuki hati dan pemikiran orang.”

Dalam hantaran di TikTok, Fawwaz mendakwa pengunjung beragama Islam ke pusat beli-belah itu merasa kurang selesa kerana arak dijual secara terbuka.



Kenyataannya itu mencetuskan perdebatan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Seorang ADUN dari Pulau Pinang, Daniel Gooi menyifatkan Fawwaz melampaui skop kerjanya sebagai Ahli Parlimen sebaliknya menjadi polis moral, malah melihat tindakannya sebagai menggugat keharmonian penduduk pelbagai bangsa di negeri itu.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

 



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Seleweng RM92.5 bilion dan makan komisyen 5 peratus, Ini komen Muhyiddin



Puteri Sarah nekad minta cerai, tidak rela dimadu

Isu Bikini: Ilmuan Turkiye Mustafa Akyol bidas kembali Mufti Perlis

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker