Mayat lelaki ditemukan dalam guni

SHAH ALAM: Satu mayat lelaki yang mula mereput ditemukan di dalam sebuah guni di tepi jalan sekitar Aman Perdana, Klang petang semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, S Vijaya Rao berkata pada kira-kira 6.10 petang, pihaknya menerima aduan berkenaan satu mayat yang ditemukan oleh orang awam di dalam guni berwarna putih di tepi Jalan Persiaran Aman Perdana 1, Aman Perdana, Klang.

“Siasatan awal yang dijalankan mendapati mayat dalam keadaan berbungkus di dalam guni putih dan keadaan mayat telah mula mereput. Mayat itu tidak dapat dikenal pasti bangsanya.

“Keadaan mayat hanya memakai kain sarung berwarna biru tanpa berbaju dan dihantar ke Hospital Shah Alam bagi tujuan bedah siasat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman gantung mandatori.

Orang awam yang mempunyai maklumat berkenaan kes itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat You Swee Leong menerusi nombor telefon 012-4071452 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara (03-32912222) atau mana-mana balai polis berhampiran.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

 

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Seleweng RM92.5 bilion dan makan komisyen 5 peratus, Ini komen Muhyiddin

Puteri Sarah nekad minta cerai, tidak rela dimadu

Isu Bikini: Ilmuan Turkiye Mustafa Akyol bidas kembali Mufti Perlis

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker