Azizulhani kemalangan, MOM tunggu laporan penuh ISN

Majlis Olimpik Malaysia (MOM) sedang menunggu laporan penuh Institut Sukan Negara (ISN) berhubung keadaan semasa jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang susulan kemalangan menimpanya ketika menjalani latihan baru-baru ini.

Setiausaha Agungnya, Datuk Mohd Nazifuddin Najib bagaimanapun berkata setakat ini atlet berusia 35 tahun itu kekal bersemangat waja dalam misi pemburuan pingat di Sukan Asia 2022 Hangzhou, China yang akan membuka tirai 23 Sept ini.

“Saya diberitahu, Isnin ini (esok) Azizulhasni akan menjalani pemeriksaan di ISN dan kami akan diberi maklumat kedudukan terkini pelumba itu.



“Sukan berbasikal sememangnya berisiko tinggi kerana mudah tergelincir namun Azizulhasni tidak mengalami kecederaan kritikal, terdapat luka-luka pada kulit dan saya difahamkan proses pemulihannya boleh berlaku dalam jangka masa pantas serta sempat pulih sepenuhnya sebelum pertandingan,” katanya.

Mohd Nazifuddin berkata demikian selepas majlis Flag-Off Kontinjen Negara ke Sukan Asia 2022 Hangzhou yang disempurnakan Ketua Kontinjen (CDM) Malaysia Datuk Chong Kim Fatt di Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil, di sini hari ini.

Semalam, Mohd Azizulhasni yang turut digelar The Pocket Rocketman berkongsi video berdurasi 35 saat, memaparkan beliau terlibat dalam kemalangan ketika menjalani latihan di Velodrom Nasional Malaysia di Nilai.

Terdahulu, Kim Fatt bersama seorang pegawai MOM dan 15 atlet kriket wanita, berlepas ke Hangzhou, sekali gus menjadi wakil pertama negara berlepas ke negara tembok besar itu.
Pasukan kriket wanita akan membuka saingan menentang Hong Kong, Selasa ini.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kau pondan tiada anak, Che Ta ‘taji’ Diva AA



Aisar Khaled sedekah RM60 ribu seminggu

Mondy dakwa Ebit usap-usap tangannya



Fasha, Aidil keterlaluan tayang aksi ghairah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker