Bekas Raja Permaisuri Agong, Tunku Najihah mangkat

Bekas Raja Permaisuri Agong, Tunku Najihah mangkat

Bekas Tunku Ampuan Negeri Sembilan Tunku Najihah Tunku Besar Burhanuddin mangkat di Hospital Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur pada 6.53 pagi tadi pada usia 100 tahun.

Tunku Najihah adalah Raja Permaisuri Agong kepada Yang di-Pertuan Agong ke-10 Tuanku Ja’afar Tuanku Abdul Rahman.



Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan Mohd Zafir Ibrahim dalam kenyataan memaklumkan jenazah Tunku Najihah akan disemayamkan di Istana Besar Seri Menanti dan akan dimakamkan di Makam Diraja Seri Menanti hari ini selepas waktu Asar.

Beliau juga mengumumkan tempoh berkabung sempena kemangkatan Tunku Najihah selama satu hari bermula hari ini.

“Sepanjang tempoh berkabung semua bendera di Negeri Sembilan hendaklah dikibarkan separuh tiang.

“Semua masjid dan surau juga digalakkan mengadakan majlis bacaan tahlil serta doa untuk Almarhumah,” katanya dalam kenyataan itu.



Tunku Najihah adalah Raja Permaisuri Agong ke-10 dari 1994 hingga 1999.

Bekas Raja Permaisuri Agong, Tunku Najihah mangkat

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Takkan Mimi bercium dengan Merqeen – Anna Jobling

Puteri Sarah dedah tentang hubungan dengan Andi Arsyil



Sama-sama masuk penjara, komen Noh Salleh raih perhatian

Syamsul komen isu Puteri Sarah nak saman bekas kakak ipar Ira Kazar



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker