Ceroboh Istana Negara, peniaga roti canai kena jel sebulan, denda RM500

Ceroboh Istana Negara, peniaga roti canai kena jel sebulan, denda RM500

Mahkamah Majistret hari ini menjatuhkan hukuman penjara sebulan dan denda RM500 terhadap seorang peniaga roti canai kerana menceroboh kawasan Istana Negara, Ahad lalu.

Majistret, Nurul Izzah Shaharuddin, memutuskan hukuman terbabit selepas Amrin Amiruddin, 39, mengaku bersalah atas pertuduhan terbabit.



Mahkamah juga mengarahkan tertuduh dipenjara bermula tarikh ditangkap iaitu pada hari kejadian dan dipenjara dua minggu jika gagal membayar denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan, Amrin memasuki kawasan larangan tanpa kebenaran yang adalah harta milik Yang di-Pertuan Agong, di Pintu 1, Istana Negara, Jalan Tunku Abdul Halim, Bukit Damansara, di sini, jam 7.45 malam, 3 September lalu.

Pendakwaan mengikut Seksyen 5 Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan (Akta298) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 7 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda hingga RM1,000 atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.

Sebelum mahkamah menjatuhkan hukuman itu, Amrin yang tidak diwakili peguam menegaskan tidak mahu membuat sebarang rayuan, manakala Timbalan Pendakwa Raya, Sheryn Yong Shi Yee, memohon hukuman setimpal terhadap tertuduh sebagai pengajaran. BH



Ceroboh Istana Negara, peniaga roti canai kena jel sebulan, denda RM500

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Takkan Mimi bercium dengan Merqeen – Anna Jobling



Puteri Sarah dedah tentang hubungan dengan Andi Arsyil

Sama-sama masuk penjara, komen Noh Salleh raih perhatian



Syamsul komen isu Puteri Sarah nak saman bekas kakak ipar Ira Kazar



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker