Mizz Nina dah kenal Esaam sejak 2015

Mizz Nina dah kenal Esaam sejak 2015

MENYIMPAN kemas sisi peribadi, penyanyi Mizz Nina akhirnya mendedahkan perkenalan dengan suaminya, Essam Muhammad bermula di sebuah festival pada 2015.

Kata Mizz Nina, penyanyi rap merangkap aktivis kemanusiaan kelahiran Amerika Syarikat itu lebih dahulu memulakan perbualan dengan memuji puisi dibacakannya pada acara tersebut.



Begitupun, akui pemilik nama lengkap Shazrina Azman itu, mereka hanya berkomunikasi secara ringkas.

“Kali pertama kami bertemu adalah di sebuah festival pada 2015. Saya ingat lagi dia datang kepada saya selepas saya baca puisi atas pentas.

“Dia kata ‘Assalamualaikum, saya Essam dari Seattle. Saya suka apa yang awak sebutkan atas pentas tadi,’ dan saya balas dengan ucapan terima kasih.

“Kami cuma bercakap ringkas, itu sahaja,” katanya ketika berucap pada majlis resepsi mereka yang diadakan di Ampang, kelmarin.



Mengenakan busana serba putih yang menyerlahkan seri pengantin, pasangan sama padan sama cantik itu meraih pujian ramai selepas video persandingan mereka tular.

Essam yang berkongsi kegembiraan diraikan ramai insan terdekat pula menyatakan persahabatan sepanjang tempoh berkenaan adalah berlandaskan rasa hormat antara satu sama lain.

“Detik terindah adalah lapan tahun kemudian iaitu tahun 2023 sebaik kami mendirikan rumahtangga, Alhamdulillah,” katanya.

Malah Essam juga membuat kejutan apabila merakamkan penghargaan buat suri hatinya menerusi satu video khas dengan menyifatkan Mizz Nina wanita sempurna buat dirinya.



Pada acara istimewa yang mendapat sentuhan Reka Teemor bagi penataan dewan, lelaki berdarah Maghribi itu turut menghadiahkan sebuah lagu rap buat isteri tercinta dan tetamu.

Paling mencuri tumpuan tentu saja gelagat ayah Mizz Nina, Tan Sri Azman Hashim yang tampak terhibur sepanjang persembahan apabila rancak bertepuk tangan.

Terdahulu, pada 15 Jun lalu Mizz Nina, 43, berkongsi kegembiraan dengan mendedahkan status terbaharunya sebagai isteri kepada Essam.

Majlis pernikahan anak kepada tokoh perbankan terkemuka itu difahamkan diadakan secara tertutup yang dipercayai berlangsung di luar negara.



Selepas tiga bulan, mereka diraikan pula dalam majlis resepsi yang turut menghimpunkan saudara-mara serta rakan pengantin dari Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom dan Indonesia.

Ini adalah perkahwinan keduanya yang pernah mendirikan rumah tangga dengan vokalis Hujan, Noh Salleh pada 2 Julai 201, namun jodoh mereka tidak panjang apabila memilih berpisah 4 Ogos tahun lalu.

Mizz Nina dan Noh mempunyai seorang anak angkat lelaki bernama Musa. K Online

Mizz Nina dah kenal Esaam sejak 2015



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dr. Malar naik angin ejen pelancongan cakap tak serupa bikin



Teruk sangat jalan raya kami, Tuanku (Video)

Zul Ariffin kecewakan peminat kerana melawat Al Ula

Najib to Mahathir: “Give it a rest Atok!”

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker