Awak duduk pun boleh meninggal dunia – Khadijah Ibrahim

Awak duduk pun boleh meninggal dunia – Khadijah Ibrahim

Penyanyi Datuk Khadijah Ibrahim, 60, menyifatkan setiap pembedahan dilakukan untuk mengubati sesuatu penyakit pasti ada risiko kematian dan bukannya kerana kaedah bariatrik atau memotong usus saja.

Khatijah ditemui berkata, beliau lebih selesa mengambil pendekatan rasional berkaitan kematian iaitu ajal sememangnya perkara tidak boleh dielak sesiapa pun apabila waktunya sudah sampai.



“Bagi saya, berkaitan orang meninggal dunia ini, masanya (ajal) sudah sampai. Saya tak pernah fikir ia berkaitan risiko tertentu sebab yang pasti, ‘your time is up’ (masa anda sudah tamat).

“Kalau dah sampai masa itu, awak duduk pun boleh meninggal dunia. Cuma, situasi dialami si mati itu hanyalah penyebab yang sudah ditetapkan Allah kepada kematiannya,” katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu, Khadijah hadir pada majlis perkongsian mengenai pembedahan bariatrik oleh Pakar Bedah Perunding dan Pakar Usus dan Bariatrik, Dr Mustafa Mohammed Taher yang berlangsung di sebuah restoran di Ampang, semalam.

Ditanya mengenai pembedahan bariatrik dilakukannya, Khadijah berkata, beliau tidak pernah berselindung pernah menjalaninya pada 2020 lalu akibat faktor kesihatan diri yang semakin memburuk ketika itu.



“Sebelum melakukan pembedahan ini (bariatrik) tiga tahun lalu, saya menanggung kesakitan yang teramat sangat selama lima tahun selepas menjalani pembedahan membuang batu di hempedu pada 2015.

“Bermacam jenis ubat saya makan untuk cuba memulihkan kesakitan dialami, namun ia semakin teruk. Jadi, saya buat keputusan untuk berjumpa dengan Dr Mustafa bagi pemeriksaan lanjut di usus.

“Selepas mendapatkan penerangan lanjut berhubung masalah kesihatan sebenar dialami, saya terus bersetuju untuk melakukan pembedahan bariatrik demi kesihatan diri sendiri. Saya yakin dengan penerangan daripada doktor itu,” katanya.

Mengulas mengenai cakap cakap orang terhadap risiko pembedahan bariatrik, Khadijah berkata beliau suka membuat keputusan sendiri berbanding lebih mendengar kata-kata orang saja.



Jelasnya, mereka tidak duduk di tempat kita.

“Rezeki yang paling bermakna dalam kehidupan adalah kesihatan. Apabila sudah sakit, ada duit banyak pun tidak membawa makna apa-apa. Jadi, apabila ada peluang untuk mengubatinya (penyakit), jangan buang masa.

“Positifkan fikiran sebab penyakit itu kita yang hadap sendiri. Lagi pula, doktor tidak akan sembarang suruh kita buat pembedahan bariatrik itu sekiranya tidak perlu. Apapun, saya bersyukur keadaan kesihatan sudah sangat baik sekarang,” katanya.

Khadijah yang juga juri program Gegar Vaganza berkata, kini beliau tidak lagi mengalami kesukaran pemakanan, berjalan, bersolat dan sebagainya.



Katanya, rutin hariannya sudah kembali aktif dan beliau juga tiada pantang makanan berikutan tugasnya yang perlu memasak hidangan untuk jualan di restorannya setiap hari. HM

Awak duduk pun boleh meninggal dunia – Khadijah Ibrahim

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Dr. Malar naik angin ejen pelancongan cakap tak serupa bikin

Teruk sangat jalan raya kami, Tuanku (Video)



Zul Ariffin kecewakan peminat kerana melawat Al Ula

Najib to Mahathir: “Give it a rest Atok!”

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker