Wanita berjoging trauma lihat lelaki beronani

Wanita berjoging trauma lihat lelaki beronani

Petaling Jaya: Rutin seorang wanita berjoging bertukar detik cemas apabila terserempak dengan seorang lelaki sedang melakukan onani di Taman Bandaran Kelana Jaya, di sini, pada 27 Ogos lalu.

Wanita yang mahu dikenali sebagai Intan, 40-an, berkata ketika kejadian pada 7.10 malam itu, dia sedang melakukan riadah sendirian di kawasan berkenaan.



“Ketika saya melakukan (joging) pusingan terakhir, saya nampak sekali imbas seorang lelaki berada di satu tempat duduk sedang beronani. Meskipun ada individu lain berhampiran lokasi itu, mereka tidak menyedarinya.

“Saya yang terkejut melihat perbuatan lelaki dianggarkan berusia antara 20-an ke 30-an itu meneruskan larian tanpa memaklumkan individu lain yang berada berhampiran kerana takut,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Intan berkata, sebelum kejadian, dia ada melihat lelaki berkenaan yang memakai baju merah, seluar pendek serta topi berjoging di sekitar laluan lariannya, namun tidak mengesyaki sesuatu yang pelik.

“Saya ada perasan dia mengikuti saya dari arah belakang ketika berjoging, namun saya tidak mengesyaki apa-apa kerana beranggapan dia adalah orang awam yang mahu membuat aktiviti riadah.



“Selepas kejadian itu, saya tidak lagi berjoging di kawasan rekreasi berkenaan dan hanya akan berjoging jika ditemani rakan kerana takut melakukan aktiviti riadah bersendirian,” katanya.

Beliau yang juga kakitangan swasta membuat laporan berhubung kejadian terbabit di Balai Polis Kelana Jaya, di sini, Sabtu lalu.

“Sejujurnya, saya trauma kerana kejadian itu. Memikirkan lelaki terbabit ada mengekori saya sebelum kejadian mendorong saya tampil membuat laporan polis demi keselamatan orang lain,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian.



“Kita menyiasat kes berkenaan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan masih belum ada tangkapan setakat ini,” katanya. HM

Wanita berjoging trauma lihat lelaki beronani

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Pelakon wanita kantoi bercium dalam kelab malam

Guru skandal dengan ibu murid sendiri



Ayda Jebat lincah menari walau hamil 7 bulan (Video)

Lelaki Iban ‘knock down’ pembuli warga asing (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker