Pencen pesara di jamin kekal dengan penambahbaikan – Ahmad Maslan

Pencen pesara di jamin kekal dengan penambahbaikan – Ahmad Maslan

Kerajaan kekal komited meneruskan pencen pesara walaupun berdepan tanggungan perbelanjaan mengurus (OE) semakin meningkat.

Malah, Timbalan Menteri Kewangan I, Ahmad Maslan berkata penambahbaikan sedang diusahakan menerusi kajian menyeluruh melibatkan gaji penjawat awam dan skim pencen.



Katanya, dianggarkan 32,000 pesara baharu direkodkan setiap tahun dan kerajaan membelanjakan RM31 bilion bagi membayar pencen lebih 900,000 pesara.

Daripada jumlah itu, seramai 768,947 pesara, termasuk penerima pencen terbitan di bawah Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP).

“Sehingga Julai, dana kasar KWAP belum diaudit mencecah RM184.5 bilion. Lebih kurang 80% dana dilaburkan dalam negara dan 20% adalah pelaburan antarabangsa,” katanya di Forum Pencarum KWAP 2023.

KWAP, merupakan pengurus dana ketiga terbesar selepas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan Permodalan Nasional Bhd, menyumbang dividen RM3 bilion kepada kerajaan.



Justeru, Ahmad mahu KWAP mengoptimumkan pelaburan.

Menurutnya, masing-masing 40% dana KWAP dilaburkan dalam sekuriti pendapatan tetap dan ekuiti persendirian, manakala selebihnya dalam sektor hartanah dan ekuiti awam.

KWAP menyasarkan dana kasar mencecah RM200 bilion pada 2025 dengan pelaburan pulangan sebanyak 7%. FMT

Pencen pesara di jamin kekal dengan penambahbaikan – Ahmad Maslan



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelakon wanita kantoi bercium dalam kelab malam



Guru skandal dengan ibu murid sendiri

Ayda Jebat lincah menari walau hamil 7 bulan (Video)



Lelaki Iban ‘knock down’ pembuli warga asing (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker