Ayda Jebat takut dengan kesabaran suami

Ayda Jebat takut dengan kesabaran suami

Enggan mengambil kesempatan atas keterbukaan suami, Nabil Mahir, penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat, 31, berusaha menjaga batas sebagai anak seni.

Ayda memberitahu, mengenali suaminya itu, Nabil sukar meluahkan rasa tidak puas hati terhadap sesuatu perkara.



Namun, sebagai isteri, Ayda bimbang kesabaran suami teruji jika terlalu ambil mudah kepercayaan diberi.

“Nabil tidak pernah letak syarat apa yang boleh dan tidak boleh dibuat. Tetapi, sebagai isteri, sebelum dia tegur, lebih baik berjaga-jaga.

“Walaupun suami selalu sebut tidak apa, tetapi, saya suka kata-kata itu. Kita tidak boleh teka apa yang terbuku dalam hatinya.

“Kadang-kadang, suami tidak kata apa-apa, tetapi lama-kelamaan apabila terlalu lama disimpan, mungkin boleh ‘meletup’,” katanya ditemui di set penggambaran drama Bukan Cinta Sempurna di sebuah kafe di Bangi, Selangor, baru-baru ini.



Ayda memegang watak Qistina dalam drama 50 episod yang memaparkan kisah pekerja ladang berdepan pelbagai cabaran bersama ibunya, selepas jatuh cinta dengan anak kepada pemilik aset terbabit.

Selain Ayda, drama Bukan Cinta Sempurna arahan, Azri Izhar dibintangi Fadlan Hazim, Amar Baharin, Datuk Ziela Jalil, Emelda Rosemila, Husna Mustaffa, Datuk Raja Shah Rezza dan Shah Iskandar.

Sejak mendirikan rumah tangga dengan Nabil pada 2021, Ayda atau nama sebenar, Nur Suhada Jebat mengelak daripada melakonkan babak bersentuhan.

“Fadlan yang jadi ‘hero’ saya dalam drama Bukan Cinta Sempurna sangat menghormati keputusan saya.



“Apabila saya cadangkan babak tolak Fadlan ke dalam kolam renang bagi menunjukkan kemesraan antara Qistina dan Luqman, dia setuju.

“Bagi saya, hendak wujudkan kemesraan tidak perlu bersentuhan. Ada pelbagai cara yang boleh dibuat untuk menjayakan babak itu,” katanya lagi.

Adya mengaku beruntung kerana Nabil dan Fadlan berkawan baik, jadi, tidak timbul soal cemburu.

Namun, Ayda masih menjaga batas. Misalnya, jika Fadlan tanpa sengaja terpegang bahunya, Ayda akan beritahu suaminya.



“Kalau ada adegan terpegang sedikit pun, saya beritahu Nabil. Sebenarnya, suami tidak pernah kisah atau marah. Tetapi, sebagai isteri, saya fikir, perlu beritahu.

“Seperkara lagi, kalau hendak buat hantaran di mana saya perlu muat naik foto bersama Fadlan, saya minta izin suami dahulu,” katanya.

Ayda yang hamil lima bulan akan memperlahankan aktiviti seni selepas melahirkan anak keduanya itu, Disember depan.

Sebelum ini, Ayda pernah meninggalkan dunia lakonan selama hampir empat tahun dengan drama terakhir lakonannya, Bukan Gadis Biasa pada 2019.



“Kali ini, saya belum tahu berapa lama akan berehat. Mungkin saya akan tunggu selepas anak kedua boleh berjalan.

“Bukan apa, apabila fikirkan hendak tinggalkan anak berjam-jam, kasihan pula. Tetapi kalau untuk projek kempen atau penggambaran produk, tiada masalah,” katanya yang bakal mendedahkan jantina anak dalam satu acara, bulan depan. BH

Ayda Jebat takut dengan kesabaran suami

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10, gegar segala gegar

Jangan tayang suami kalau takut disondol – Che Ta

Saya bukan orang ketiga antara Nafiez dan Fify – Neera

Saya Anak Malaysia lagu wajib Hari Kebangsaan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker