Kedah ikut Kelantan dan Terengganu, guna logo dan tema kebangsaan sama dengan Kerajaan Pusat
Selepas Kelantan dan Terengganu, Kedah juga hari ini mengumumkan menggunakan logo dan tema sama seperti yang digunakan oleh Kerajaan Persekutuan bagi sambutan hari kebangsaan ke-66.
Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor, berkata logo dan tema itu tidak menjadi masalah kepada kerajaan negeri.
“Kita ikut (logo dan tema) Persekutuan sama macam Terengganu. Pendirian kita tak ada isu dalam logo dan tema yang sama kerana sambutan peringkat kebangsaan, jadi negeri ikut sahaja,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Exco pertama penggal ini di Wisma Darul Aman di Alor Setar, hari ini.
Dia bagaimanapun menjelaskan keputusan berkenaan bukan bermakna kerajaan negeri yang diterajui oleh Perikatan Nasional (PN) itu bersetuju dengan kerajaan Madani atau perpaduan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim tetapi lebih mementingkan semangat patriotik di kalangan rakyat.
“Mereka boleh letak apa (tema) pun kerana hati kita macam kita juga.
“Yang penting patriotik, slogan yang lepas pun kita lupa, lepas ini kita lupa, bukan kita nak ikut Pakatan Harapan (PH), tapi dijadikan slogan nasional maka ikut saja,” katanya.
Sebelum ini, Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN), Ahmad Fadhli Shaari memperkenalkan logo alternatif bagi sambutan itu, iaitu berdasarkan bunga raya, yang merupakan bunga kebangsaan, dengan lima kelopak dan menggunakan warna Jalur Gemilang.
Katanya, empat negeri di bawah pentadbiran PN mungkin menggunakan logo dan tema hari kebangsaan berbeza untuk sambutan peringkat negeri.
Tema yang ditetapkan pula adalah “Teguh Muafakat Malaysia Sejahtera” dan bukannya ‘Malaysia Madani: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan’ yang digunakan di peringkat persekutuan.
Pada Ahad lalu, kerajaan Terengganu yang diterajui oleh PAS juga mengumumkan tidak akan menggunakan tema dan logo alternatif, yang dicadangkan.
Sebaliknya Menteri Besar Ahmad Samsuri Mokhtar berkata mereka akan menggunakan tema sama seperti di peringkat persekutuan.
Timbalan Menteri Besar Kelantan Mohamed Fadzli Hassan juga mengumumkan, hari ini bahawa mereka akan menggunakan tema sama seperti di peringkat persekutuan.
Bagaimanapun katanya tema ‘Malaysia Madani: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan’ itu akan ditambah dengan ‘Membangun Bersama Islam’.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Siasat, jelas kepada umum ‘memo dalaman’ kes Najib, gesa Umno Pekan
- Lepuk kepala tanda kemesraan – Adun PAS
- Baru keluar penjara, dicekup cuba rogol nenek
- Sanusi 8, Amirudin 5
- Isteri lamar sahabat untuk suami
- Ketua Wanita dah bangkit, Ketua Pemuda bila lagi?
- Anwar perlu pertimbang lantik Johari sebagai Menteri Kewangan 2
- UMNO Negeri Sembilan dapat kurang dari 5 jawatan EXCO
- Pengetua Maahad Tahfiz dedahkan pada mahkamah Zahid tidak suka orang mengetahui ‘sedekahnya’
- ‘Panglimawati UMNO’ pertahan Zahid dari kritikan prestasi buruk BN
- Zahnita Wilson top model dulu sikit punya lawa, sekarang
- Fauziah jumpa baju penyondol
- Rumah berbumbung merah tak terbakar
- Saya tak halalkan dunia akhirat – Izzaidah Khairan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Isteri kedua Abang Tesla kena ‘sound’ dengan Noorkhiriah
10 tahun tunggu zuriat, isteri meninggal 3 bulan selepas bersalin [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.