MIC pertahan ritual Islam, Hindu dan Kristian bercampur dalam majlis di ibu pejabat parti

MIC mempertahankan tindakan mereka mengadakan majlis keagamaan ibu pejabat parti berkenaan baru-baru ini.

Bagaimanapun MIC berkata, majlis tersebut bukanlah mencapur-adukkan ritual sesuatu agama – termasuk Islam – sebaliknya dibuat dengan peraturan yang tertentu.

Timbalan Presiden MIC, M Saravanan, berkata tindakan tersebut adalah bukti bahawa parti itu terbuka untuk semua kaum India yang menjadi penganut sebarang agama di negara ini.



“Ahli MIC terdiri daripada penganut semua agama. Maka, adalah tidak adil untuk kami mengadakan majlis pecah tanah dengan upacara agama Hindu sahaja.

“Bagaimana ahli MIC yang beragama Islam dan Kristian nak mengambil bahagian dalam majlis tersebut jika majlis diadakan dengan upacara satu agama saja?

“Saya percaya adalah salah bagi MIC jika kami tidak membuat upacara agama lain termasuk Islam dalam majlis itu,” katanya kepada Malaysiakini.

Ahli Parlimen Tapah itu berkata demikian ketika diminta mengulas tuduhan beberapa netizen di media sosial bahawa MIC mencampur-adukkan upacara Islam dan Hindu.



Ia melibatkan majlis pecah tanah sebagai permulaan pembinaan bangunan baru MIC. Ia diadakan pada 21 Ogos lalu dan ditularkan sehari dua ini.

Video pendek itu memaparkan seorang ustaz membaca doa sambil seorang sami membuat upacara mengikut agama Hindu.

Turut kelihatan dalam video itu seorang pastor membuat upacara mengikut adat Kristian.

Mengulas lanjut Saravanan berkata upacara itu dibuat secara bergilir-gilir dan bukannya serentak.



Dia juga meminta orang ramai khususnya netizen yang tidak berpuas hati dengan majlis tersebut supaya mengelak daripada berfikiran sempit.

“Saya rasa pihak yang tuduh-menuduh ini ialah yang berfikiran sempit.

“Ini negara yang di dalamnya ada pelbagai agama dan adat.

“Sebagai parti politik, MIC perlu menjaga sensitiviti dan hak semua agama dan kaum,” katanya.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sajat sekolahkan Abang Tesla, terkedu dibuatnya



Isteri kedua Abang Tesla kena ‘sound’ dengan Noorkhiriah

10 tahun tunggu zuriat, isteri meninggal 3 bulan selepas bersalin [VIDEO]



Fasha Sandha galak bergoyang lepas ramping?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker