Abang Tesla nikah lagi

Kongsi video pujuk isteri pertama menangis lepas subuh

Abang Tesla nikah lagi

Abang Tesla nikah lagi
Abang Tesla nikah lagi

Influencer yang terkenal dengan konten kereta di TikTok telah mengejutkan ramai peminatnya dan juga pengguna media sosial apabila berkongsi video memaklumkan telah bernikah lagi satu.

Dikenali sebagai Abang Tesla, pemuda terbabit memuat naik video dia yang sedang memeluk isteri pertamanya seusai dari solat Subuh berjemaah iaitu kira-kira tiga jam sebelum bernikah lagi satu.

Dalam kapsyen yang disertakan, Abang Tesla memuji tindakan isteri pertamanya kerana sentiasa menjaga aib dan maruah suami walaupun tahu dia bakal dimadukan.



@abg.teslaIsteri yg sangat menjaga Aib & Maruah suami. Nak berpoligami boleh, Tapi jangan membelakangkan isteri #fyp #abgtesla #poligami♬ original sound – ABG.TESLA – ABG.TESLA

Dalam video tersebut, dapat dilihat yang isteri pertama begitu sedih sehingga menangis teresak-esak di dalam dakapan suami seusai dari solat subuh.


Baca Artikel Menarik:

Hairul Azreen berhenti berlakon


Menerusi kapsyen Abang Tesla, dia mengatakan yang dia tidak akan membelakangkan isteri pertama lebih-lebih lagi sewaktu ingin berpoligami.



Ujarnya lagi, isterinya reda dengan keputusannya walaupun tahu wanita berkenaan cukup sedih. Pemuda tersebut juga memberitahu yang dia telah mengambil masa untuk memujuk isteri pertama dan sama sekali tidak membelakanginya dalam hal tersebut seperti kebanyakan kes berkahwin lain.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang simpati melihat isteri pertama Abang Tesla lebih-lebih lagi sewaktu dia menangis dengan memakai telekung apabila mengetahui yang suaminya akan bernikah sebentar lagi.

Mereka juga sedar bahawa wanita berkenaan cukup terluka walaupun tahu bahawa poligami adalah sesuatu yang dibolehkan dalam agama.

Abang Tesla nikah lagi



 

Abang Tesla nikah lagi

 

Abang Tesla nikah lagi



Apa-apapun, kita doakan yang terbaik buat mereka dan diberi kebahagiaan walau dengan apa cara sekali pun. Selamat pengantin baru buat Abang Tesla.

: TikTok Abang Tesla

Abang Tesla nikah lagi


Baca Artikel Menarik:

Tular Fyna Jebat keluar makan dengan Zainal Abidin Hassan



 

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Artis lelaki tipu isteri demi kepuasan sendiri



 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker