Wajah Abdullah Abbas anak lelaki PU Riz dan Neelofa didedahkan

Biarpun hanya mendedahkan wajah anaknya itu melalui pantulan cermin, namun, tindakan Neelofa membuktikan dirinya berpegang teguh kepada janji untuk berkongsi wajah Abbas apabila tiba masa sesuai. Foto IG Neelofa

KUALA LUMPUR: Selebriti dan usahawan popular, Neelofa buat kali pertama berkongsi wajah putera kedua yang dilahirkan 11 Julai lalu, iaitu Abdullah Abbas, melalui hantaran di Instagram Story (IGs), malam tadi.

Biarpun hanya mendedahkan wajah anaknya itu melalui pantulan cermin, namun, tindakan Neelofa atau nama sebenar, Noor Neelofa Mohd Noor, 34, membuktikan dirinya berpegang teguh kepada janji untuk berkongsi wajah Abbas apabila tiba masa sesuai.

Aksi Abbas itu dirakam ketika bayi itu menjalani sesi fotografi khas dipercayai dilakukan di sebuah studio. Melalui entri lain, pengacara Next To Neelofa itu turut memuat naik foto bayinya itu sedang meniarap.

Sementara itu, bekas pengacara Nona itu turut berkongsi pengalaman mengasuh bayi yang disifatkan kuat meragam itu melalui entri yang memaparkan suaminya, PU Riz atau nama sebenar, Muhammad Haris Ismail, 27, sedang mendukung Abbas.

“Semalam ummi ‘zombie’ teruk. Setiap jam bangun dan sampai subuh rasa macam nak menangis. Jam 6 pagi serah Abbas kepada pembantu dan sambung tidur sampai jam 7.30 pagi sebelum Bilal masuk kacau mak dia,” tulisnya.

Ketika mengumumkan nama anaknya menerusi hantaran di IG, bulan lalu, Neelofa yang juga pelakon drama Suri Hati Mr Pilot turut ‘belanja’ wajah Abbas secara sipi-sipi. Ini membuatkan ramai teruja dan memuji wajah comel si kecil.

Neelofa mendirikan rumah tangga dengan PU Riz pada 27 Mac 2021. Mereka dikurniakan cahaya mata sulung, Muhammad Bilal yang dilahirkan pada 29 Januari 2022.

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Punca penceraian Aziz M Osman

Bakal doktor dicekup melacur

“Ya aku sakit”, Mimi Lana tarik perhatian netizen

Dakwaan Syasya Dolla minum arak, ini jawapan tuan punya badan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker