Pelajar dibelasah baru pulih kanser limfoma

Pelajar dibelasah baru pulih kanser limfoma

ULU TIRAM: Pelajar lelaki Tingkatan Tiga yang menjadi mangsa buli sekumpulan remaja, masih trauma dengan kejadian menimpanya.

Keadaan itu disaksikan sendiri Ahli Parlimen Tebrau, Jimmy Puah Wee Tse yang melawat mangsa di kediaman keluarganya.

Katanya, masih terdapat kesan lebam pada tubuh mangsa yang juga masih dalam keadaan agak lemah.

Justeru, katanya, beliau menasihatkan pelajar berkenaan supaya menjalani ujian sinar-X di Hospital Sultan Ismail (HSI) bagi mengenal pasti sama ada dia mengalami kecederaan dalaman.

“Pagi tadi saya melawat mangsa buli dipukul sekumpulan pelajar di kawasan taman permainan di Taman Bestari Indah yang tular dalam media sosial. Saya simpati atas ujian yang menimpa dan saya difahamkan keluarganya sudah membuat laporan polis.

“Saya turut menyerahkan sumbangan kepada ibu bapa mangsa sebagai tanda prihatin,” katanya.

Baginya, tiada kompromi terhadap perbuatan buli dan gangsterisme, sekali gus tindakan tegas wajar diambil ke atas mereka yang terbabit.

“Saya nasihatkannya buat ‘x-ray’ bagi mengetahui keadaan tubuhnya. Tubuhnya terdapat kesan lebam dan dia juga nampak agak lemah,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, dalam masa terdekat, pihaknya bersama pihak sekolah akan menjalin kerjasama dengan polis bagi menganjurkan program kempen kesedaran dan sesi kaunseling sebagai salah satu usaha membendung gejala buli.

Sementara itu, seorang kenalan keluarga pelajar itu, berkata mangsa adalah bekas pesakit kanser limfoma yang baru saja disahkan bebas daripada penyakit itu.

“Sebagai ibu bapa, kami berharap kejadian seumpama ini dipandang serius dan diambil tindakan supaya ia menjadi pengajaran,” katanya.

Keluarga mangsa ketika dihubungi, memaklumkan mereka menyerahkan kes berkenaan kepada polis untuk menyiasat.

Semalam, media melaporkan kejadian dipercayai pada jam kira-kira 3 petang, 9 Ogos lalu dengan mangsa mengadu dia dipukul, ditendang, dipijak, disepak dan ditumbuk beberapa kali di bahagian hadapan dan belakang badan, paha, perut dan lengan kiri serta kanan.

Kejadian berkenaan didakwa didalangi sekumpulan remaja lelaki dianggarkan berusia 14 hingga 17 tahun, termasuk seorang remaja warga asing.

Kejadian itu tular dalam media sosial dan motifnya dipercayai berpunca daripada seorang suspek yang tidak berpuas hati mangsa berkawan dengan teman wanitanya. BH

Pelajar dibelasah baru pulih kanser limfoma

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Punca penceraian Aziz M Osman

Bakal doktor dicekup melacur

“Ya aku sakit”, Mimi Lana tarik perhatian netizen

Dakwaan Syasya Dolla minum arak, ini jawapan tuan punya badan

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker