Lelaki lalok acu pisau pada wanita ditahan polis
Lelaki lalok acu pisau pada wanita ditahan polis
SEORANG lelaki di bawah pengaruh dadah ditahan selepas bertindak mengacukan sebilah pisau terhadap seorang wanita di Jalan Radin Bagus, Sri Petaling, pukul 2.30 petang semalam.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, laporan mengenai kejadian diterima daripada seorang wanita warga asing di Balai Polis Sei Petaling pada pukul 6 petang.
Beliau berkata, suspek seorang lelaki Cina telah ditahan tidak jauh dari lokasi kejadian.
“Turut dirampas sebilah pisau lipat warna merah, sebuah telefon dan serpihan kaca.
“Pengadu mengalami kecederaan pada dada dan siasatan mendapati mangsa tidak mengenali suspek,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Semakan mendapati suspek mempunyai tiga rekod lampau dadah dan enam rekod jenayah.
Kes disiasat di bawah Seksyen 506/323 Kanun Keseksaan, Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 serta Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952. Utv
Lelaki lalok acu pisau pada wanita ditahan polis
Baca Artikel Menarik:
- Kenapa serang Zahid sahaja?
- Permohonan injunksi Sulaiman terhadap Raghad ditetapkan 4 September depan
- Kerjasama PH-BN bukan punca utama pengundi pilih PN
- Peguam Negara fail rayuan, tiga tuduhan pengubahan wang haram Muhyiddin kekal
- Minta bantuan wakil rakyat yang dipilih bukan yang kalah
- Kena belasah sebab berkawan dengan awek orang
- Ditegur minum arak, anak perempuan mabuk bunuh bapa
- Puteri Lily buka mulut akhirnya
- SPRM mohon Notis Merah jejaki menantu Muhyiddin – KPN
- Sugar baby bukti kebejatan akhlak mahasiswa
- Kertas undi tidak dikembalikan di Sg Kandis, PH buat laporan polis
- Ahli UMNO jangan termasuk perangkap PN – Zahida
- Megat Zulkarnain pertimbang fail petisyen bantah keputusan Gombak Setia
- Kelantan, Terengganu dan Kedah patut laksanakan hukum hudud
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Dakwaan Syasya Dolla minum arak, ini jawapan tuan punya badan