SPRM mohon Notis Merah jejaki menantu Muhyiddin – KPN

SPRM mohon Notis Merah jejaki menantu Muhyiddin – KPN

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta polis mengeluarkan Notis Merah ke atas menantu Muhyiddin Yassin dan seorang peguam yang dikehendakinya bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Negara, Razarudin Husain berkata, SPRM membuat permintaan lisan untuk Notis Merah dan pihaknya akan bekerjasama rapat dengan agensi antirasuah itu untuk membawa pulang dua individu dikehendaki terbabit.

“Kami akan gunakan apa saja maklumat yang kami ada setakat ini. Permintaan itu hanya dibuat secara lisan,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman.

Sebelum ini, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki dilaporkan berkata, pihaknya mungkin meminta bantuan Interpol untuk mengesan Adlan Berhan, 48, dan peguam Mansoor Saat, 69, bagi membantu siasatannya berhubung projek membabitkan pendaftaran, pengambilan dan penyimpanan data biometrik pekerja asing di sebuah kementerian.

Adlan kemudian menafikan melarikan diri, sebaliknya beliau akan kembali ke Malaysia untuk membantu SPRM selagi “unsur ancaman dan penganiayaan dihapuskan”.

Februari lalu, FMT memetik sumber SPRM berkata, agensi itu sedang menyiasat pemberian kontrak lumayan kepada menantu seorang bekas perdana menteri.

Sumber itu berkata, siasatan SPRM tertumpu kepada kemungkinan penyalahgunaan kuasa berkaitan Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe).

Adlan dinamakan dalam laporan media pada 2020 dan dikaitkan dengan seorang pendahulu projek itu – penyedia penyelesaian keselamatan S5 Holdings Inc. Tetapi, Pengarah Urusan Kumpulan S5, Syed Hafiz Jamalullail menafikan pembabitan Adlan dalam firma itu. FMT

SPRM mohon Notis Merah jejaki menantu Muhyiddin – KPN

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sebab UMNO kalah teruk

Kamal Adli takut buka media sosial

Sharnaaz, Amelia kongsi momen jatuh cinta

Bikini Amy Nur Tinie bikin panas

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker