Kenapa serang Zahid sahaja?
Kenapa serang Zahid sahaja?
Tindakan menyalahkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, sebagai kambing hitam untuk dipertanggungjawabkan atas kekalahan banyak kerusi yang ditandingi parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN), tidak akan menyelesaikan masalah utama.
Oleh itu, Ahli Majlis Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, pemimpin dan akar umbi parti dinasihatkan tidak mudah menyalahkan hanya seorang individu sahaja susulan prestasi buruk parti itu dalam PRN baru-baru ini.
Katanya, semua pihak dalam UMNO tanpa mengira sama ada pucuk pimpinan tertinggi parti, pemimpin di bahagian dan cawangan perlu bersama memikul bebanan kekalahan.
Ini kerana katanya, penolakan rakyat terhadap UMNO bukan hanya berikutan faktor seorang pemimpin sahaja namun disebabkan jenama UMNO itu sendiri.
“Kenapa hanya namakan Ahmad Zahid seorang saja yang perlu letak jawatan. Kenapa tidak petik sekali nama Pengerusi UMNO Terengganu, Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor, sebab kalau nak diikutkan di lima negeri itu, prestasi UMNO buruk kecuali Negeri Sembilan.
“Kenapa puak pendesak dalam UMNO tak salahkan Timbalan Presiden, tiga Naib Presiden, Ketua Wanita, Pemuda dan Puteri Pusat dan bahagian sekali dalam kekalahan ini.
“Sepatutnya semua pihak perlu ambil tanggungjawab sebagai sebuah kesatuan dalam UMNO. Sebabnya kalau Presiden UMNO gagal maknanya keseluruhan kepimpinan parti juga gagal,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Dalam pada itu, Nur Jazlan yang juga Ketua UMNO Bahagian Pulai, berkata beliau bersetuju dengan kenyataan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani yang lebih rasional dalam menilai kemerosotan prestasi UMNO pada PRN sekali gus mahu semua pihak memikul amanah atas kekalahan itu.
Katanya, UMNO perlu melakukan muhasabah serta ‘post mortem’ sekali gus melakukan perubahan bangkit untuk mengembalikan sokongan rakyat terutamanya orang Melayu kepada parti itu.
“Pandangan Datuk Seri Jo (Johari) lebih rasional dan bijak dalam mengulas kekalahan calon UMNO pada PRN ini. Beliau tidak mahu orang UMNO hanya salahkan Presiden saja tapi sebaliknya semua pihak kena pikul tanggungjawab termasuk dirinya sendiri.
“Tidak macam beberapa orang dalam kepimpinan UMNO Pusat yang terus melatah dan kononnya terpaling bijak dalam menerajui parti. Bila prestasi buruk saja, terus bingkas keluarkan kenyataan kononnya UMNO perlu buat perubahan.
“Hanya cakap suruh buat perubahan saja tapi apa idea-idea perubahan itu tak ada. Kerja sendiri pun banyak yang ke laut dan hanya tahu sembang saja tapi hasilnya tak ada,” katanya.
Nur Jazlan berkata, semua keputusan berkaitan PRN lalu juga dibuat secara konsensus menerusi mesyuarat MKT UMNO dengan beberapa pemimpin yang tidam berpuas hati itu juga turut bersama membuat keputusan.
Malah katanya, Presiden parti turut memberikan kebebasan kepada UMNO negeri dan Ketua Bahagian dalam pemilihan calon-calon yang difikirkan layak dan mampu menang untuk PRN di DUN masing-masing.
“Jadi tak boleh nak salahkan Presiden UMNO saja atas kekurangan prestasi parti sebaliknya setiap orang perlu sama-sama memikul tanggungjawab dan seterusnya mencari jalan untuk menyelesaikan segala kemelut.
“Contohnya pada PRN Melaka dan Johor sebelum ini, parti dipimpin oleh Presiden yang sama dan pemilihan calon-calon pun dibincangkan bersama. Hasilnya cemerlang pula, tak timbul pula isu Presiden UMNO yang jadi liabiliti kepada parti ketika itu. Padahal ketika itu pun Presiden sedang menjalani perbicaraan di mahkamah macam sekarang, tak pula jadi isu besar,” katanya.
Tindakan menyalahkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, sebagai kambing hitam untuk dipertanggungjawabkan atas kekalahan banyak kerusi yang ditandingi parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN), tidak akan menyelesaikan masalah utama.
Oleh itu, Ahli Majlis Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, pemimpin dan akar umbi parti dinasihatkan tidak mudah menyalahkan hanya seorang individu sahaja susulan prestasi buruk parti itu dalam PRN baru-baru ini.
Katanya, semua pihak dalam UMNO tanpa mengira sama ada pucuk pimpinan tertinggi parti, pemimpin di bahagian dan cawangan perlu bersama memikul bebanan kekalahan.
Ini kerana katanya, penolakan rakyat terhadap UMNO bukan hanya berikutan faktor seorang pemimpin sahaja namun disebabkan jenama UMNO itu sendiri.
“Kenapa hanya namakan Ahmad Zahid seorang saja yang perlu letak jawatan. Kenapa tidak petik sekali nama Pengerusi UMNO Terengganu, Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor, sebab kalau nak diikutkan di lima negeri itu, prestasi UMNO buruk kecuali Negeri Sembilan.
“Kenapa puak pendesak dalam UMNO tak salahkan Timbalan Presiden, tiga Naib Presiden, Ketua Wanita, Pemuda dan Puteri Pusat dan bahagian sekali dalam kekalahan ini.
“Sepatutnya semua pihak perlu ambil tanggungjawab sebagai sebuah kesatuan dalam UMNO. Sebabnya kalau Presiden UMNO gagal maknanya keseluruhan kepimpinan parti juga gagal,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Dalam pada itu, Nur Jazlan yang juga Ketua UMNO Bahagian Pulai, berkata beliau bersetuju dengan kenyataan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani yang lebih rasional dalam menilai kemerosotan prestasi UMNO pada PRN sekali gus mahu semua pihak memikul amanah atas kekalahan itu.
Katanya, UMNO perlu melakukan muhasabah serta ‘post mortem’ sekali gus melakukan perubahan bangkit untuk mengembalikan sokongan rakyat terutamanya orang Melayu kepada parti itu.
“Pandangan Datuk Seri Jo (Johari) lebih rasional dan bijak dalam mengulas kekalahan calon UMNO pada PRN ini. Beliau tidak mahu orang UMNO hanya salahkan Presiden saja tapi sebaliknya semua pihak kena pikul tanggungjawab termasuk dirinya sendiri.
“Tidak macam beberapa orang dalam kepimpinan UMNO Pusat yang terus melatah dan kononnya terpaling bijak dalam menerajui parti. Bila prestasi buruk saja, terus bingkas keluarkan kenyataan kononnya UMNO perlu buat perubahan.
“Hanya cakap suruh buat perubahan saja tapi apa idea-idea perubahan itu tak ada. Kerja sendiri pun banyak yang ke laut dan hanya tahu sembang saja tapi hasilnya tak ada,” katanya.
Nur Jazlan berkata, semua keputusan berkaitan PRN lalu juga dibuat secara konsensus menerusi mesyuarat MKT UMNO dengan beberapa pemimpin yang tidam berpuas hati itu juga turut bersama membuat keputusan.
Malah katanya, Presiden parti turut memberikan kebebasan kepada UMNO negeri dan Ketua Bahagian dalam pemilihan calon-calon yang difikirkan layak dan mampu menang untuk PRN di DUN masing-masing.
“Jadi tak boleh nak salahkan Presiden UMNO saja atas kekurangan prestasi parti sebaliknya setiap orang perlu sama-sama memikul tanggungjawab dan seterusnya mencari jalan untuk menyelesaikan segala kemelut.
“Contohnya pada PRN Melaka dan Johor sebelum ini, parti dipimpin oleh Presiden yang sama dan pemilihan calon-calon pun dibincangkan bersama. Hasilnya cemerlang pula, tak timbul pula isu Presiden UMNO yang jadi liabiliti kepada parti ketika itu. Padahal ketika itu pun Presiden sedang menjalani perbicaraan di mahkamah macam sekarang, tak pula jadi isu besar,” katanya. HM
Kenapa serang Zahid sahaja?
Baca Artikel Menarik:
- Tukar ketua J-Kom segera – Adun DAP
- Aminuddin akan dilantik MB Negeri Sembilan semula
- Sanusi nak berbaik dengan Pusat
- Nabil terkejut Syafiq Kyle batal nikah dengan Mimi Lana
- Janna Nick masuk hospital akibat radang usus
- 2 minggu jiran dengar mangsa dera meraung, menangis
- Apa yang Melayu tak puas hati?
- PRN menunjukkan kita semakin hilang sokongan, kaji semula cara UMNO ditadbir
- Bersatu pun kalah banyak kerusi
- Dakwaan PAS perjuang Islam raih sokongan Melayu – Mufti
- Semua pemimpin UMNO perlu bertanggungjawab atas kekalahan PRN
- Syafiq Kyle Dan Mimi Lana Batal Nikah
- Ketua Pesuruhjaya SPRM bidas Hamzah, saman sajalah
- Farid Kamil cari ketenangan sertai tabligh selepas bercerai
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.