Jurulatih menampar pemain bola tampar berusia 14 tahun, KPM mahu saksi tampil [VIDEO]


Tangkap layar kejadian dua murid sekolah ditampar oleh individu dipercayai jurulatih pasukan bola tampar baru-baru ini.

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) mahu saksi yang terlibat dalam insiden jurulatih menampar pipi pemain bola tampar yang tular di media sosial ketika ini supaya tampil memberi keterangan.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dan akan bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk siasatan lanjut insiden itu.

“Laporan penuh menyusul dan KPM mohon saksi untuk tampil beri keterangan.

“Tekad mewujudkan Sekolah Selamat untuk semua murid akan sentiasa menjadi keutamaan,” ciapnya menerusi akaun Twitter miliknya, malam ini.



Sebelum ini, tular satu video di media sosial yang memaparkan tindakan seorang jurulatih sebuah pasukan bola tampar menampar pemainnya.

Difahamkan, kejadian itu dipercayai berlaku ketika Kejohanan Bola Tampar Remaja (Bawah 14 tahun) B-14 2022 bagi kategori perempuan pada 16 Disember lalu.

Menerusi video yang disiarkan secara penstriman langsung di Facebook itu, jurulatih pasukan Melaka itu dilihat menampar dua pemainnya yang menyebabkan pasukan kehilangan mata sebelum tempoh rehat permainan.

Turut dipaparkan kedua-dua pemain itu seperti tergamam namun, tetap meneruskan permainan yang menyaksikan Melaka tewas kepada Johor



Jurulatih bola tampar menampar pelajar 14 tahun, saksi diminta tampil

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


 

Mufti-mufti tegur anak Muhyiddin kerana guna gelaran Priest



Pele, legenda bola sepak Brazil akhirnya meninggal dunia

 



Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker