Filem pertama Mira Filzah sebagai heroin

Filem pertama Mira Filzah sebagai heroin

HAMPIR setahun berehat, pelakon dan pengacara jelita, Mira Filzah membuat ‘comeback’ dalam bidang lakonan tahun ini, sekali gus mengubat kerinduan peminatnya.

Drama terbaharu lakonannya, Imam Instant Ustazah Scammer sebanyak lapan episod bergandingan dengan Hun Haqeem sudah selesai ditayangkan, April lalu.



Terbaharu, Mira bakal beraksi sebagai heroin dalam filem Munajat Kekasih arahan Osman Ali.

Secara peribadi, Mira atau nama sebenarnya, Nur Amirah Filzah Badioezaman, 30, berkata, dia sukar menolak tawaran Osman kerana ia filem pertamanya sebagai heroin.

“Ini filem pertama saya sebagai heroin. Dalam filem Sangkar, saya hanya melakonkan watak pembantu. Saya terima tawaran abang Osman kerana tertarik dengan watak Sakinah,” katanya pada majlis memperkenalkan menu baru BurgerMira selaku duta Secret Recipe yang berlangsung di pusat beli-belah di sini, baru-baru ini.

Bercerita mengenai filem itu, Mira berkata, watak Sakinah juga mencabar dirinya kerana ia watak



‘flashback’ atau yang diimbas kembali pada 1985.

“Bukan mudah menghidupkan watak Sakinah, gadis kampung yang hidup pada 1985 dan bukan pada zaman sekarang.

“Namun, saya berusaha melakonkannya sebaik mungkin seperti dikehendaki jalan ceritanya. Pada masa sama, hero yang bakal bergandingan dengan saya dalam filem ini juga masih dalam proses perbincangan.

“Mungkin pengarah umumkan nama hero bila kami mulakan penggambaran nanti,” katanya.



Sebagai persediaan untuk watak Sakinah, kata Mira, dia juga mengikuti kelas lakonan dalam tempoh satu hingga dua minggu dengan pelakon dan pengarah berkaliber, Elly Suriaty.

“Kelas lakonan ini disediakan produksi untuk barisan pelakon sebelum penggambaran filem ini dimulakan pada pertengahan bulan ini.

“Selepas kelas lakonan ini selesai, baru kami memulakan penggambaran filem ini yang membabitkan lokasi di Kelantan dan Terengganu selama lebih sebulan,” katanya.

Berkongsi pengalaman berguru dengan Elly, kata Mira, dia menimba pengalaman baharu dalam ilmu lakonan.



“Kak Elly wajahnya saja nampak garang, tetapi bila bercakap, dia seorang yang lembut. Saya juga seronok menerima bimbingan daripadanya untuk memantapkan lagi prestasi lakonan sedia ada,” katanya.

Ditanya mengenai kelas lakonan lagi, kata Mira, dia tidak kisah mengikuti kelas lakonan walaupun sudah ada pengalaman berlakon sebelum ini.

“Sebelum ini saya pernah mengikuti kelas lakonan, tetapi secara berkumpulan dan bukan bersemuka seperti dengan Kak Elly. Kelas lakonan ini bagus untuk membantu pelakon menjiwai watak sebab metodenya berbeza.

“Sebenarnya pihak produksi akan menyediakan kelas lakonan untuk pelakon sebelum memasuki lokasi penggambaran,” katanya.



Sedih bakal berjauhan dengan anak

Sebagai wanita yang baru bergelar ibu, pastinya Mira sedih kerana bakal berjauhan dengan anak, Wan Khair Amir yang berusia 15 bulan selama lebih sebulan untuk penggambaran filem itu.

Namun, Mira tidak bimbang meninggalkan anak kerana ada suami, ibu serta ahli keluarga terdekat membantu menjaganya di rumah.

“Saya sedih kerana bakal berjauhan dengan anak yang masih kecil, tetapi ia komitmen kerja yang perlu dilakukan sebagai pelakon.



“Pada masa sama, saya juga mengambil seorang guru untuk menemani anak dengan membuat pelbagai aktiviti Montessori supaya anak tidak bosan sepanjang tempoh saya ‘out station’ nanti,” katanya.

Mira yang menempa nama menerusi drama Pujaan Hati Kanda ini berkahwin dengan Wan Emir Astar Wan Mohamad Khair-il Anuar, 33, pada 3 September 2020. HM

Filem pertama Mira Filzah sebagai heroin

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fauzi Nawawi jelaskan isu isterinya terpaksa gadai barang kemas dan kereta ditarik

Pakai bra dengan sweater terbuka, apa nak jadi budak sekarang

Anak bertudung tanpa disuruh buat Nabil gembira

Joy Revfa bimbang di sondol, ada yang bagi video separuh bogel

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker