UMNO lemah kerana pemimpin seperti Annuar Musa sebelum ini – Dr Akmal
UMNO lemah kerana pemimpin seperti Annuar Musa sebelum ini – Dr Akmal
Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh mendakwa kelemahan parti itu berpunca daripada pemimpin terdahulu yang lebih mementingkan keuntungan peribadi termasuk Tan Sri Annuar Musa yang juga bekas Setiausaha Agungnya.
Beliau berkata, apa yang terjadi dalam UMNO ketika ini adalah kesan daripada kepimpinan mereka terbabit hingga menyebabkan parti itu hanya ada 26 kerusi.
“UMNO ini menjadi lemah sehingga tinggal 26 kerusi disebabkan ada pemimpin seperti Tan Sri (Annuar Musa) di dalamnya dulu.
“Tan Sri jangan mudah lupa apa yang jadi hari ini adalah kesan daripada kepimpinan pemimpin seperti Tan Sri yang hanya mahu mencari keuntungan secara peribadi daripada UMNO berbanding untuk memperkuatkan parti dan menjaga rakyat.
“Akhirnya rakyat tidak mempercayai parti ini disebabkan pemimpin seperti Tan Sri,” tulis beliau menerusi hantaran di Facebook (FB), hari ini.
Kenyataan dikeluarkan Dr Muhamad Akmal itu sebagai respon terhadap dakwaan Annuar yang mengatakan UMNO hilang kekuatan apabila sekadar menjadi picisan di bawah naungan dua parti lain dalam Kerajaan Perpaduan.
Terdahulu, Annuar yang juga Pengerusi Muafakat Nasional (MN) turut mendakwa UMNO tidak boleh lagi menjadi tempat bergantung orang Melayu dan umat Islam.
Sementara itu, Dr Muhamad Akmal berkata, ketiadaan Annuar dalam UMNO ketika ini menjadi peluang terbaik untuk membangunkan semula parti berkenaan.
“Kini apabila parti lemah dan Tan Sri juga sudah berada di sebelah sana (sertai PAS) ini adalah masa yang terbaik untuk kami membina semula parti ini.
“Walaupun halangannya berat, tetapi dengan keikhlasan yang ada untuk mempertahankan perjuangan parti, Insya-Allah UMNO akan dibina semula oleh kami.
“Terima kasih atas pendapat yang diberi, beri kami masa untuk membina semula parti ini dan harap Tan Sri berbahagia bersama parti yang baharu,” katanya. BH
UMNO lemah kerana pemimpin seperti Annuar Musa sebelum ini – Dr Akmal
Baca Artikel Menarik:
- Chef Nasi Arab terkenal aniaya saya – King of Roadtrip
- Exco Kelantan belanja penapis air kepada aduan yang viral sahajakah?
- Saifuddin Nasution kacau saya – Sanusi
- Telefon tauke judi untuk minta duit?
- Sanusi hang duk buat apa la ni?
- Anak rantau Kelantan pasti dapat peluang kerja jika diberi mandat kepada Kerajaan Perpaduan
- Anwar lawat Ustaz Muhaizad di Madrasah Ribat Al-Musthofa
- Doktor pakar kanser tembak bayi sebelum bunuh diri
- Calon PAS disiasat berkait dakwaan pikat isteri orang
- Sanusi dituntut bayar ganti rugi RM200 juta oleh Vincent Tan
- ‘Fahaman saya benar, yang lain sesat’
- SPRM cari menantu Muhyiddin, peguam
- ‘Aduh YB janganlah macam ni’
- Sanusi ‘play victim’ untuk raih simpati
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.