SPRM cari menantu Muhyiddin, bekas PM perlu dedah lokasi menantu

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu menjelaskan kepada rakyat berhubung siasatan kes penyelewengan projek pendaftaran pekerja asing bagi sebuah kementerian oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang didakwa melibatkan menantunya.

Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) Fahmi Fadzil berkata bekas Perdana Menteri itu tidak harus berdiam diri sebaliknya perlu segera memberi penjelasan berhubung kes berkenaan dan memberitahu SPRM di mana kedudukan atau lokasi menantunya itu ketika ini.

“Tan Sri Muhyiddin kena jawab isu ini…beliau kena jawab dan saya cabar Tan Sri bantu SPRM cari menantunya untuk bantu siasatan,” katanya ketika Ceramah Arus Merah Kuning sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor di Meru dekat Klang malam tadi.



Dilaporkan, SPRM sedang mengesan dua individu iaitu Muhammad Adlan Berhan, 48, dan Mansoor Saat, 69, bagi membantu siasatan kes penyelewengan projek pendaftaran, pengambilan dan penyimpanan biometrik pekerja asing bagi sebuah kementerian.

Menurut SPRM, semakan rekod oleh suruhanjaya itu juga mendapati kedua-dua individu terbabit sudah meninggalkan Malaysia, masing-masing pada 17 Mei dan 21 Mei lepas, dan setakat ini tiada rekod kedua-duanya telah kembali ke Malaysia.

Dalam perkembangan lain, Fahmi yang juga Menteri Komunikasi dan Digital berkata pembentukan Kerajaan Perpaduan di peringkat negeri selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) akan membolehkan lebih banyak isu dan masalah rakyat dapat diselesaikan.

“Dalam konteks telekomunikasi misalnya, jika ada masalah, saya boleh terus bertindak mengatasinya dengan kerjasama pemain industri…landasan yang sama ini pastinya akan memberi lebih manfaat kepada rakyat,” katanya.



Pengundian bagi PRN Selangor akan berlangsung serentak dengan Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Negeri Sembilan pada 12 Ogos ini manakala esok adalah pengundian awal.

– Bernama

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Danny-Fateha, kenal 5 hari, nikah dua minggu akhirnya bercerai

Masya Masyitah tayang paha pulak, siap peluk siapa tu?



Kisah dicintai Azwan Ali, respon Ziana Zain memang ‘deep’

Silap-silap PH/BN yang menang 6-0 atau menang 5-1



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker