Jejai dapat gelaran Datuk, Nora Danish ucap tahniah

PETALING JAYA – “Tahniah Toh Muda Datuk Rizal.”

Demikian komen pelakon Nora Danish apabila bekas suaminya, Rizal Ashram Ramli atau lebih dikenali sebagai Jejai yang dikurniakan darjah kebesaran Mahkota Pahang, Yang Amat Mulia Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang ke-64.

Pada masa sama, Jejai membalas komen pelakon filem Polis Evo 3 itu dengan ucapan terima kasih atas penghargaan.

Berita gembira tersebut dikongsikan oleh bekas mentuanya, Puan Seri Raja Noora Ashikin Raja Abdullah menerusi hantaran Instagramnya.

“Tahniah kepada anakku, Toh Muda Rizal yang diberikan gelaran Darjah Kebesaran Mahkota Pahang Yang Amat Mulia Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) pada 4 Ogos bersamaan 17 Muharam 1445 Hijrah.

“Merafak sembang menjunjung kasih Tuanku,” tulisnya dalam ruangan kapsyen bersama beberapa foto di dalam istana.

Pada 4 Ogos lalu, Jejai menerima darjah kebesaran sempena Hari keputeraan Yang di-Pertuan Agong ke-64 yang berlangsung di Balairong Seri, Istana Negara.

Sebelum ini, Nora berkahwin dengan Jejai pada 20 Jun 2006 dan dikurniakan seorang putera iaitu Putra Rayqal yang berusia 14 tahun.

Namun, perkahwinan mereka tidak berkekalan apabila bercerai pada 10 Julai 2008.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jangan ajari seorang isteri sabar – Status Irma Hasmie cetus persoalan

Adibah perlu tuntut harta sepencarian 28 tahun berkahwin – Netizen

Saya redha diceraikan Rosland

“Wow geram tengok, rasa nak tarik masuk dalam toilet”, Peja nafikan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker