Kanak-kanak 10 tahun hilang di Pantai Teluk Senangin

Gambar Hiasan

IPOH – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dilaporkan hilang di kawasan Pantai Teluk Senangin, Lumut pada Sabtu ketika beriadah bersama ahli keluarganya.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan berkaitan kejadian pada 3.19 petang selepas ahli keluarga mangsa membuat laporan polis apabila menyedari mangsa hilang kira-kira jam 1 tengah hari.

Beliau berkata, bomba melakukan operasi pencarian di sekitar kawasan pantai pada jam 3.30 petang.

“Keluarga buat laporan polis bahawa hilang (mangsa) di tepi pantai. Berdasarkan maklumat pengunjung, mereka tak nampak ada kanak-kanak tenggelam atau lemas, tetapi kita ambil kira juga sebarang kemungkinan sama ada dia (mangsa) berjalan ke tepi hutan dan sebagainya,” katanya ketika dihubungi pada Sabtu.



Menurut Sabarodzi, operasi pencarian dihentikan pada jam 6.30 petang tadi dan akan bersambung pada jam 8 pagi esok.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



“Padan muka hang dapat laki macam tu”, kata Shaarnaz kepada Reen Rahim

“Kes ini sangat juicy” – Azhar Sulaiman minta kes PU Azman dikendalikan secara tertutup



Lelaki kurang siuman tetak pengurus bank, dakwa miliki RM132 juta dalam akaun

Lelaki bogel ganggu pendaki wanita solo



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker