Indeks Malaysia dalam hak transgender buruk tapi berbaloi – MP Pasir Mas

Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari menyifatkan kedudukan Malaysia yang berada di tangga kedua terburuk dalam isu berkaitan hak hak transgender sebagai “berbaloi”.

Ahli Parliman PAS itu merujuk kepada Global Trans Right Index yang dikeluarkan baru-baru ini, di mana Malaysia diberi markah -105 dan penarafan bahaya tertinggi F.

Rumusan berkaitan Malaysia juga menyebut golongan transgender di negara ini menjadi sasaran polis.



“Ya, mungkin dari satu sudut, kita kurang senang dengan laporan ini. Tapi dalam kita berdepan dengan nilai yang telah ditetapkan perlembagaan Persekutuan, kalaupun terpaksa hadapi indeks yang buruk seperti ini, saya kira ia berbaloi sebenarnya,” katanya ketika membahaskan laporan tahunan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) 2020 di Dewan Rakyat hari ini.

Berdasarkan indeks daripada kajian dijalankan pasangan penyelidik Asher dan Lyric Fergusson, Malaysia mencatatkan kedudukan kedua terburuk selepas Guyana, manakala Arab Saudi, Malawi dan UAE menduduki tempat lima terbawah.

Guyana disenaraikan sebagai negara yang paling teruk bagi golongan trans kerana terdapat kadar pembunuhan yang tinggi melibatkan golongan tersebut.

Lima negara terbaik di dunia bagi golongan transgender disenaraikan sebagai Malta, Portugal, Kanada, Sweden dan Bolivia.



Negara-negara jiran Malaysia secara umum mencatatkan kedudukan lebih baik, dengan Thailand berada di kedudukan ke-66, Singapura ke-109, Indonesia ke-115 dan Brunei ke-192.

Terdahulu dalam ucapannya, Fadhli yang juga Ketua Pemuda PAS memuji tindakan KDN merampas jam tangan Swatch berwarna pelangi bulan lalu, yang didakwanya “mempunyai unsur normalisasi terhadap LGBT”.

Chow Yu Hui (PH – Raub) kemudian segera mencelah dengan menyoal Fadhli apakah “unsur LGBT” yang dimaksudkannya.

“Jam yang dirampas, apa unsur LGBT dalam jam yang dirampas? Adakah Pelangi unsur LGBT?” soalnya.



Sebagai respons kepada pertanyaan Chow, Ahmad Fadhli berkata dia hanya bercakap berdasarkan laporan media.

“Dalam laporan media, menteri menyebut ada tulisan LGBT dalam jam itu. Ada juga penafian daripada syarikat (pengeluar jam tangan berkenaan)” katanya.

Chow tanpa memberi peluang kepada Fadhli menjelaskan lebih lanjut berkata, “Swatch dah nafikan ada unsur LGBT. Apa laporan yang kamu baca?”

Fadhli kemudian menjelaskan bahawa dia hanya membaca laporan media mengenai perkara itu dan tidak mengikuti serbuan di kedai Swatch.



“Menurut laporan media, ada tulisan. Jadi kalau syarikat berkenan menafikan ada tulisan dan sebagainya, boleh buat tuntutan ikut undang-undang.

“Apa yang penting, point saya apa jua perkara yang berlandaskan undang-undang, saya minta pihak KDN supaya terus bekerja ikut undang-undang yang ada dan ucapkan tahniah atas ketegasan yang ditunjukkan sebelum ini,” katanya.

Jam tangan berkrenaan sebelum ini dirampas dari kedai Swatch pada 13 dan 14 Mei lepas kerana didakwa melanggar Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (PPPA).

Berikutan terdapat kritikan, Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata serbuan ke kedai berkenaan bukan kerana isu mengenai warna jam tangan tetapi isu LGBT.



“Biar KDN menjelaskan kerana saya tidak mempunyai butiran.

“Kecuali fakta bahawa ia bukan mengenai isu warna tetapi isu bahawa ia (mewakili lambang) LGBT,” kata Anwar kepada pemberita pada 25 Mei lalu.

Pada 27 Mei lalu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Swatch, Nick Hayek berkata Swatch tidak memasukkan sebarang rujukan kepada komuniti LGBT pada dail Pride Collection tahun ini

Bagaimanapun, Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail, pada 29 Mei, berkata huruf “LGBT” jelas tertera pada jarum jam tangan Swatch yang dirampas kementeriannya awal bulan ini.



Pada 30 Mei, pembuat jam Swiss itu menjelaskan bahawa pihak berkuasa Malaysia bukan sahaja merampas jam tangan yang mengandungi huruf “LGBT” tetapi juga merampas jam tangan daripada koleksi Pride 2023 yang tidak mempunyai perkataan berkenaan.

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Gaun dipakai ‘penyondol’ cantik laku keras

Johan dah terpesong? – Amin Idris tampil jelaskan

Fatin Afeefa & Opai padam gambar di IG lepas isu sindir kereta sebagai najis

Nenek Kelantan kahwini lelaki berusia 28 tahun lepas kenal di TikTok

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker