PU Azman minta cium, laku seks oral – Bekas guru mangsa

SEREMBAN: Perbicaraan kes amang seksual membabitkan Pencetus Ummah (PU) Azman pada hari ketiga mendengar hujahan saksi ketujuh yang memberitahu pendakwah itu pernah melakukan perbuatan seks oral terhadap mangsa kedua.

Saksi ketujuh, bekas guru kepada mangsa dan juga ibu kepada salah seorang lagi mangsa memaklumkan perkara itu di hadapan Hakim Datin Surita Budin di Mahkamah Sesyen Seremban, hari ini.

Wanita berusia 46 tahun memberitahu mahkamah, perkara itu diceritakan sendiri remaja lelaki berkenaan yang kini berusia 18 tahun dalam satu pertemuan tahun lalu.



“Seingat saya, apa yang mangsa cerita, PU Azman meminta dilakukan seks oral.

“Selain itu mangsa juga berkata yang dia diminta untuk bercium dengan PU Azman,” katanya, hari ini.

Wanita itu menjelaskan, dia lebih mempercayai mangsa kerana tidak pandai berbohong dengan gurunya dan yakin apa yang diceritakan remaja itu adalah betul.

Dalam pada itu dia juga mendedahkan yang anaknya turut menjadi mangsa kepada tertuduh ketika penceramah terbabit datang ke rumahnya.



“Ketika kejadian saya ada di rumah anak saudara tapi anak beritahu tentang kejadian seksual berlaku dan mendesak saya balik.

“Pada mulanya saya tak percaya apa dikatakan oleh anak dan pada masa sama tidak percaya juga yang PU Azman akan melakukan perkara itu,” katanya.

Bagaimanapun katanya, dia lebih mempercayai anaknya berbanding PU Azman dan disebabkan itu membuat keputusan untuk terus pulang ke rumah.

Katanya lagi, selepas kejadian berkenaan, anaknya memberitahu seorang rakannya menjadi mangsa dan diperlakukan dengan lebih teruk.



Malah wanita itu mendedahkan yang tertuduh pernah menghubunginya dan bertanyakan mengenai individu yang ada di dalam gambar iaitu remaja lelaki berkenaan.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Balkis Zunaidi, Husni Fairos Ramly dan Goh Hsiao Tung manakala tertuduh diwakili peguam Mohamad Zahid Ahmad, Fahmi Adilah dan Norman Mohd Nasir.

Seramai 26 orang saksi dijangka akan dipanggil sepanjang kes perbicaraan yang bermula pada 24 Julai lalu.

Pada 12 Oktober 2022 , PU Azman didakwa atas lima pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua remaja lelaki pada Februari dan Julai tahun lalu.



Berdasarkan pertuduhan, tertuduh telah melakukan amang seksual fizikal ke atas mangsa remaja lelaki berusia 16 dan 17 tahun dengan cara melakukan perbuatan kelucahan melampau.

Kesalahan itu dilakukan di tandas dan ruang tamu sebuah rumah di Taman Tiara Sendayan di Nilai pada 6 Julai tahun lalu.

Selain itu, PU Azman turut berdepan tujuh lagi pertuduhan berhubung kesalahan jenayah seksual yang didakwa dilakukannya terhadap dua kanak-kanak dan seorang remaja di Mahkamah Shah Alam, Klang dan Ampang.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Penyanyi bertudung didakwa amal sihir



Raja Ilya Diperli Dah Tak Ada Job Sampai Kena Rakam Gambar Mandi (Video)

Saya tapau nasi vanggey dua dengan teh o ais untuk Dr Malar – Bell Ngasri

Tuntut Keadilan Selepas Dakwa Dipukul Johor Military Force (JMF)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker