Ditegur hidu gam, penganggur cederakan bapa guna pisau

TERTUDUH diiringi anggota polis selepas mengaku bersalah mencederakan bapanya di Mahkamah Sesyen, Ayer Keroh, Melaka

MELAKA – Seorang penganggur mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan mencederakan bapanya berusia 68 tahun menggunakan sebilah pisau, pada minggu lalu.

Hakim Elesabet Paya Wan bagaimanapun menangguhkan hukuman terhadap tertuduh, Muhamad Azmizal Ahmad, 28, pada tarikh 12 September depan bagi menunggu serahan fakta kes.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati dengan sengaja menyebabkan kecederaan di jari tangan kanan, telinga kiri, bahu dan dada sebelah kiri terhadap bapanya, Ahmad Adam, 68, dengan menggunakan sebilah pisau.

Perbuatan itu dilakukan tertuduh kira-kira pukul 4.45 pagi di bahagian dapur rumah di Kampung Air Hitam, Tanjung Minyak dalam daerah Melaka Tengah pada 20 Julai lalu.



Sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun atau dengan denda atau dengan sebat atau dengan mana-mana dua daripada hukuman itu mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama.

Difahamkan kejadian berlaku selepas tertuduh berang bapanya menasihatinya untuk tidak menghidu gam yang menjadi salah satu pencetus kepada penagihan dadah.

Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Nazrin Ali Rahim memohon satu tarikh baru untuk serahan fakta kes dan keputusan hukuman, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian bersetuju dengan permohonan tersebut



 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Bekas suami Yasmin Hani tayang kekasih baru, lagi hot

Laporan polis terhadap Papagomo dibuat kerana memfitnah oleh Setpol Fahmi Fadzil



Farid Kamil bagi respon ‘pedas’ bila ada persoal Diana tinggalkan anak ketika pergi Festival Good Vibes

Sean Edward dituduh sebabkan kematian Nurin Najmina



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker