Sophia buktikan hikmah kontroversi

Sophia buktikan hikmah kontroversi

Meraih pengiktirafan pertama dalam industri lakonan selepas empat tahun, pelakon sensasi, Sophia Albarakbah, 30, tidak menjangka dirinya diangkat sebagai Aktres Filem Popular, ABPBH 35.

Sophia berkata, dia sememangnya terkejut sebaik sahaja namanya diumumkan selaku penerima trofi berkenaan.



Sophia yang membintangi filem Ada Hantu yang ditayangkan pada 2021, disusuli Jerangkung Dalam Almari pada tahun lalu, menewaskan calon lain iaitu Maya Karin, Diana Danielle, Janna Nick dan Ahirine Ahiruddin.

“Sebenarnya saya masih tidak percaya dengan kemenangan ini kerana pencabar saya adalah nama besar.

“Saya jangkakan seorang daripada mereka akan memenanginya, tetapi tak sangka kemenangan berpihak kepada saya.

“Bagaimanapun, tidak dinafikan peminat banyak membantu dan penonton juga suka karya saya. Ini trofi pertama saya sepanjang empat tahun dalam industri lakonan.



“Sekurang-kurangnya saya dapat buktikan kepada orang ramai yang saya layak menerima anugerah ini. Pada masa sama, kejayaan ini juga membuktikan orang ramai menerima hasil kerja saya,” katanya kepada BH Online.

Justeru, Sophia berkata, kejayaan itu adalah permulaan untuk dirinya terus mencuba pelbagai perkara baharu demi mencapai lebih banyak kejayaan pada masa akan datang.

“Dalam karier lakonan sudah tentu seseorang pelakon mahu mengecapi kejayaan, jadi saya sangat bersyukur apabila hasil usaha akhirnya berbayar.

“Selepas ini, saya mahu terus berlakon lebih banyak filem dan memberikan yang terbaik,” katanya.



Wanita berdarah campuran Arab, Melayu dan Cina itu sebelum ini tersenarai dalam kategori Artis Baharu Wanita Popular pada ABPBH 33.

Katanya, drama Suamiku Lelaki Pendosa yang disiarkan di slot Samarinda TV3 pada tahun lalu banyak membantu menaikkan namanya dalam industri lakonan tanah air.

“Terima kasih juga kepada drama Suamiku Lelaki Pendosa yang banyak menaikkan nama saya. Ia adalah drama pertama mengetengahkan saya sebagai heroin.

“Saya tidak menjangkakan semua ini. Saya mahu berterima kasih kepada BH, keluarga dan semua peminat yang sentiasa menyokong saya,” katanya.



Sophia yang mula dikenali selepas membawa watak Cahaya Malaika dalam drama Suamiku Lelaki Pendosa gandingannya bersama Datuk Aaron Aziz, melanjutkan pengajian dalam bidang bioteknologi di Technology Park Malaysia dan Dietetik di Universiti Perubatan Antarabangsa.

Sejak memulakan karier seni, Sophia juga tidak sunyi daripada kontroversi, termasuk gosip cinta lokasi.

Aktif sebagai pelakon sejak 2019, Sophia memulakan langkah dalam dunia seni dengan menghiasi pelbagai iklan komersial ketika masih menuntut, sebelum ditawarkan peluang membintangi drama Tercipta Satu Ikatan.

Filem pertama Sophia berjudul Miimaland ditayangkan pada akhir 2020, menyaksikan dirinya berganding dengan pelakon popular, Fattah Amin. BH



Sophia buktikan hikmah kontroversi

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bell dedahkan pernah dihina pengarah terkenal



Netizen Tak Puas Hati Sophia Albarakbah dinobat Aktres Filem Popular ABPBH35

Berani Buat Tahi – Shakilla Khoriri Cari Penghantar Emel

Netizen Terkejut Tengok Dress ‘Private Party’ Lana Nodin

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker