Pusat hiburan tawar bilik karaoke RM25,000 diserbu
Pusat hiburan tawar bilik karaoke RM25,000 diserbu
KUALA LUMPUR: Sebuah pusat hiburan di Bukit Bintang di sini, yang menawarkan bilik karaoke ‘kelas A’ bernilai RM25,000 berserta layanan gadis pelayan pelanggan (GRO) warga asing dan tempatan digempur pada Ahad.
Serbuan kira-kira jam 1.10 pagi itu dijalankan sepasukan anggota dan pegawai Bahagian Antimaksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, serbuan berjaya menahan 84 wanita warga asing berusia lingkungan 18 hingga 46 tahun disyaki GRO.
Menurutnya, turut ditahan sembilan warga tempatan berperanan sebagai pengurus premis, penjaga kaunter dan pekerja pusat hiburan terbabit.
“Pemeriksaan juga dilakukan terhadap 22 GRO tempatan, 46 pekerja dan 336 pelanggan.
“Saringan awal ujian air kencing mendapati enam pelanggan positif dadah jenis syabu dan ketamin,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Beliau berkata, polis turut merampas pelbagai barang antaranya resit jualan, resit pekerja GRO, minuman keras, perakam video, telefon bimbit selain wang tunai berjumlah RM13,862.
Mengulas lanjut, Razarudin berkata, premis berkonsepkan pusat hiburan KTV itu menyediakan 17 bilik karaoke mengikut pakej bayaran bermula RM3,800 hingga RM25,000.
Katanya, premis yang beroperasi bermula jam 8 malam hingga 6 pagi itu turut menyediakan GRO warga asing dan tempatan atas permintaan pelanggan dengan kadar bayaran yang ditetapkan.
“Pemeriksaan mendapati premis tidak mempunyai lesen pusat hiburan sah serta menyalahgunakan lesen restoran dan kedai makan yang dikeluarkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur,” katanya.
Ujarnya, kesemua tangkapan dan rampasan telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk siasatan lanjut.
Jelasnya, tindakan tegas akan diambil sekiranya dikesan pengusaha pusat hiburan menjalankan aktiviti terlarang seperti menggajikan GRO, persundalan dan penggunaan dadah di dalam premis. Sinar
Pusat hiburan tawar bilik karaoke RM25,000 diserbu
Baca Artikel Menarik:
- ‘Ibu ayam’ dicekup selepas balik dari Mekah
- Alasan TMJ tak relevan, FAM perlu hukum JDT
- Saya terdesak dalam poket ada RM15 saja
- Kata-kata terakhir arwah Salahuddin sebelum dikejarkan ke hospital
- Isteri Bell Ngasri dedah sisi lain Barkoba di rumah
- Mohd Amar dakwa staf ke tandas
- REE: ‘Kehilangan’ 2 warga China jadi tanda tanya
- Polis Perak cari lelaki baring atas jalan raya
- Punca pendarahan otak
- Pengumuman calon PRN panas, cetus konflik dalaman parti
- Anwar beri amaran ‘bekas pemimpin negara’ pulangkan wang dan harta yang kamu curi daripada rakyat
- Annuar Musa disaman!
- Fasha Sandha Makin Seksi Selepas Kurus [VIDEO]
- Music Malaysia sokong penuh tindakan tegas kerajaan haramkan kumpulan The 1975
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Netizen Tak Puas Hati Sophia Albarakbah dinobat Aktres Filem Popular ABPBH35
You must be logged in to post a comment.