Saya terdesak dalam poket ada RM15 saja
Saya terdesak dalam poket ada RM15 saja
“Saya terdesak dan tiada jalan lain boleh dilakukan.
“Dalam dompet hanya ada RM15, tetapi demi anak saya tebalkan muka minta bantuan di TikTok,” kata Nur Farah Khayrunnisa Abd Latif, 24.
Ibu kepada tiga anak lelaki berusia lebih sebulan hingga lima tahun itu mendapat perhatian warga TikTok apabila memuat naik hantaran mahu meminjam wang RM50 atau RM100 untuk membawa anak ke hospital, pada Khamis.
“Ketiga-tiga anak saya demam dan sulung serta bayi demam campak. Badan bayi dipenuhi ruam dan dia asyik menangis sampai malam.
“Sebagai ibu saya tak sanggup melihat bayi menangis dan ketika itu mak juga tiada wang, manakala saya cuma ada RM15 sahaja.
“Jika mahu ke hospital saya perlu tempah ‘grab’,” katanya ketika ditemui di rumah sewa ibunya di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kota Damansara, di sini.
Menurutnya, dia sebelum ini berkerja sebagai pengawal keselamatan selama dua tahun sebelum terpaksa berhenti kerja kerana gaji tidak dibayar ketika cuti bersalin.
“Saya sudah berpisah dengan suami pada November tahun lalu dan sejak itu menumpang di rumah sewa mak.
“Selepas habis pantang, saya terus berkerja sebagai juruwang dan kini baru tiga minggu berkerja sebab itu tiada wang,” katanya.
Nur Farah Khayrunnisa berkata, demi anak terutama bayi yang dilahirkan pada 3 Jun lalu, dia menebalkan muka meminta bantuan di TikTok demi membawa anak ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
“Alhamdulilah ada beberapa individu yang bermurah hati memberi sumbangan.
“Malah ada wanita sanggup bantu dengan membawa saya dan anak ke Hospital Sungai Buloh dan itu sangat melegakan.
“Keadaan anak semakin baik, namun masih memerlukan pemeriksaan susulan dan akan berjumpa pakar kulit minggu hadapan,” katanya yang masih dalam proses penceraian.
Menurut wanita itu, ini adalah kali kedua dia terpaksa meminta bantuan di akaun media sosial itu.
“Pertama ketika berpantang kerana ketiadaan susu dan lampin pakai buang anaknya.
“Semua ini saya buat sebab terdesak dan memang dalam kesusahan. Saya pun tidak mahu meminta. Saya juga ada perasaan malu dan bimbang orang cakap menipu atau mempergunakan anak.
“Selepas habis pantang 44 hari, saya terus keluar berkerja kerana ada tiga anak perlu diberi makan dan tidak mahu asyik meminta bantuan. Nak minta tolong mak dan adik beradik lain mereka juga bukan orang senang.
“Dalam masa sama saya juga mencari peluang pekerjaan yang lebih baik dan menjamin masa depan kami anak beranak. Terima kasih kepada semua yang membantu dan prihatin dengan kesempitan hidup kami ketika ini,” katanya yang masih menunggu keputusan permohonan zakat.
Bagi yang ingin membantu boleh menghubungi Nur Farah Khayrunnisa di talian 011-72208685. HM
Saya terdesak dalam poket ada RM15 saja
Baca Artikel Menarik:
- Saya mudah didekati, tak perlu 3 pagi – Saifuddin
- Agong kurnia darjah kebesaran pada Anne Ngasri
- Mahathir mohon Anwar kemuka dokumen kes saman
- Rider campak, tendang makanan pelanggan dikecam (Video)
- Mat Tudung Begins, belum tayang sudah dikecam
- Penduduk terkejut temui ‘ikan zakar’
- Baju Barbie Nadia Brian Curi Tumpuan Netizen
- Uqasha beri sebab kenapa berkemban dan peluk Amerul Affendi
- Cerita pengasas ajaran sesat Si Hulk, pernah taubat tapi buat semula
- ‘Kafirkan’ Baby Shima, PU Syed mengaku tiada kaitan
- Saya tahu ada kertas siasatan terhadap Anwar – Mahathir
- Skandal Isteri Bunuh Suami
- Aidit, isteri pulih gangguan sihir pemisah
- Donut peach viral punya pasal hampir hilang nyawa
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Dia Suka Aksi Ganas & Minta Banyak Kali Sehari – Lucinta Luna
Wanita Mengadu Ebit Lew ‘Stop’ Bayarkan Rumah Sewa Hingga Dihalau
You must be logged in to post a comment.