Air mata Bell gugur

Air mata Bell gugur

‘Di pentas ABPBH 35 saya tahan (air mata), di sini (sesi Podcast ABPBH 35), saya menangis.’

Luahan Bintang Paling Popular ABPBH 35, Bell Ngasri, 43, pada sesi Podcast ABPBH 35 yang disiarkan secara langsung di Facebook (FB) dan YouTube BH, petang tadi, menyentuh hati peminat yang mengikuti temuramah eksklusif bersama aktor serba boleh itu.



Bell gagal menahan air mata apabila berkongsi kisah zaman kanak-kanak hingga remaja bersama bersama ibu, Habibah Jaafar.

Bell yang turut meraih trofi Artis Komedi Popular, mendedahkan pernah memarahi ibunya kerana sering memaksa dirinya berlakon biarpun perlu menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Saya pernah marah emak sebab ketika mahu duduki peperiksaan, emak sibuk suruh saya pergi berlakon. Tetapi, akhirnya, saya dapat benda ini (trofi Bintang Paling Popular). Itulah kesungguhan dan pengorbanan saya selama ini.

“Saya perlu pentingkan pelajaran sebab ada abang dan kakak yang bijak pandai, begitu juga adik saya. Jadi, saya tidak mahu ketinggalan.



“Disebabkan itu, kadang-kadang saya marah kepada emak sebab asyik suruh berlakon. Tetapi, kalau saya tidak berlakon, rasanya tidak ada cerita (telefilem) Pa’e,” katanya ditemuramah hos Podcast ABPBH 35, Al Zahrin Alias di Balai Berita, Bangsar, di sini, hari ini.

Jumaat lalu, impak kempen besar-besaran pelayar internet dan Manifesto Barkoba, Bell diisytihar Bintang Paling Popular ABPBH 35 pada siaran langsung yang disiarkan TV3 dari Panggung Sari, Istana Budaya (KL), di sini.

ABPBH 35 bertemakan Ekspresi Legasi Seni diajaibkan penaja utama, Fellera Skin.

Bell mengaku menahan air mata ketika menerima trofi Bintang Paling Popular pada malam itu.



“Ketika itu, saya tahan air mata. Kalau diikutkan mahu menangis, tetapi, saya tahan. Bukan apa, saya faham, saya diberi masa singkat untuk berucap.

“Saya tidak mahu ganggu aturan dibuat dan mahu terus beri ucapan terima kasih serta pada masa sama, tahan diri daripada menangis,” katanya.

Sementara itu, Bell mendedahkan telefon pintarnya ‘hang’ atau tergendala apabila ribuan mesej dan notifikasi media sosial diterimanya susulan kejayaan meraih trofi Bintang Paling Popular ABPBH 35.

Malah, Bell berkata, jumlah pengikut Instagram (IG) meningkat kira-kira 70,000 hingga 80,000 orang sejak Jumaat lalu.



“Saya terima banyak mesej di WhatsApp. Tidak pernah terima sebanyak itu. Disebabkan telefon bimbit saya kuota stor sudah berkurangan, jadi, dengan kemasukan banyak notifikasi secara serentak membuatkan peranti tergendala.

“Disebabkan itu, kalau mahu buka apa-apa aplikasi termasuk media sosial, saya perlu tunggu lama sebelum dapat melayarinya.

“Seingat saya, lebih 100,000 notifikasi media sosial yang diterima daripada orang ramai. Mereka mengucapkan tahniah dalam semua akaun media sosial saya.

“Disebabkan itu, saya tidak sempat dan tidak tahu bagaimana caranya untuk membalas setiap ucapan,” katanya. BH



Air mata Bell gugur

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dia Suka Aksi Ganas & Minta Banyak Kali Sehari – Lucinta Luna



Perubahan wajah Rina Harun jadi bualan, dagu makin pelik

Wanita Mengadu Ebit Lew ‘Stop’ Bayarkan Rumah Sewa Hingga Dihalau

Kulit Kalis Api Neraka Ke? Sharifah Sakinah Diperli Netizen

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker