Kalau kalah pun tetap bersyukur – Bell Ngasri

Kalau kalah pun tetap bersyukur – Bell Ngasri

Pelakon dan pelawak, Bell Ngasri tetap bersyukur sekiranya namanya gagal dinobatkan sebagai Artis Komedi Popular, Anugerah Bintang Popular (ABP) seperti yang didambakan rakyat Malaysia.

Bell yang popular menerusi watak Barkoba dalam telefilem 16 Puasa, 17 Puasa dan 18 Puasa berkata, dia terharu dengan sokongan ramai sehinga melayakkan dirinya berada dalam senarai lima terbaik Artis Komedi Popular ABP.



“Saya pun tak sangka kerana tak pernah minta sampai berada pada tahap ini. Alhamdulillah, jika rezeki saya bersyukur, kalau tiada rezeki atau kalah tetap bersyukur. Kalah ini sudah selalu.

“Sejak saya mula berlakon 37 tahun lalu, belum pernah tersenarai dalam lima terbaik. Sebab itu, saya tak tahu nak buat apa, sekarang baru belajar hendak pergi ABP,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Dalam masa sama, Bell juga berharap orang ramai turut memberikan sokongan terhadap pelakon lain yang lebih banyak berjasa dalam bidang lakonan.

“Apa yang rakyat Malaysia berikan, saya juga berharap sokongan sama diberikan kepada selebriti dan pengkarya lain yang lebih lama dan otai dalam bidang seni,” katanya.



Menerusi kategori Artis Komedi Popular, Bell berentap dengan Zizan Razak, Johan, Jaa Suzuran dan Syahmi Sazli.

Nama Bell juga muncul sebagai 10 artis meraih undian tertinggi ABP termasuk Aina Abdul, Amir Masdi, Anna Jobling, Meerqen dan Siti Nordiana. Utusan

Kalau kalah pun tetap bersyukur – Bell Ngasri

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kempen undi Bell Ngasri macam YB nak pilihan raya

Rozita miliki rumah 7 bilik di London



DJ Ismahalil menangis sujud syukur, bebas, lepas edar dadah

Pelanggan ‘melompat’ bayar nasi padang harga kayangan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker